Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Atlet Tukul Besi, Jackie Wong disahkan positif COVID-19

Atlet lontar tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer merupakan atlet negara pertama diuji positif dengan wabak penyakit COVID-19.
Menurut Persatuan Atletik Malaysia (MAF) , pemegang rekod kebangsaan itu disahkan positif dengan virus tersebut selepas melalui ujian di Hospital Sibu, Sarawak pada pagi Selasa.
Presiden MAF dalam kenyataan memberitau bahawa Jackie mungkin dijangkiti ketika melawat bapanya , Andrwe Wong Ling Biu Ahli Parlimen Sarikei yang sedang menjalani rawatan di hospital tersebut.
MAF telah memutuskan untuk menghentikan sebarang latihan untuk atlet kebangsaan serta membatalkan beberapa kejohanan bagi mengurangkan risiko COVID-19.

Tindakan ini akan berterusan sehingga mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara.
Muthu juga memaklumkan yang atlet kebangsaan serta jurulatih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah selaras dengan saranan Perdana Menteri.
MAF juga tidak bercadang untuk memanggil kembali atlet lompat jauh Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei yang masih berlatih di Brisbane, Australia.

  • BERNAMA
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)