Atlet Terjun Malaysia Mabuk ?

Walaupun mencapai kejayaan membanggakan dalam arena sukan antarabangsa namun atlet terjun Malaysia juga terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Terkini, 7 atlet terjun negara terbabit dalam kontroversi apabila tularnya video atlet penerjun negara yang sedang bersuka ria serta meminum alkohol dimana aktiviti itu dipercayai berlaku di Guangzhou, China.
Tiga penerjun adalah senior dari Program Podium dan 4 penerjun remaja MSN serta Institut Sukan Negara(ISN).

Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahkan perkara tersebut serta menjelaskan bahawa ASUM, ISN dan MSN sudah bertemu dengan penerjun terbabit dan memaklumkan isu tersebut kepada mereka.
“Sebagai atlet kebangsaan, mereka harus sedar mereka membawa imej negara. Amaran sudah diberikan kepada atlet dan ini adalah masalah disiplin, maka jurulatih perlu mengambil perhatian akan perkara ini serta memantau atlet dengan lebih dekat agar ia tidak berulang.

“Atlet juga mengakui salah mereka dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Mereka akan belajar daripada kesilapan dan bersedia untuk meminta maaf secara umum.

“Jawatankuasa siasatan akan menentukan tindakan yang bakal diambil dan akan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa disiplin ASUM. Dalam pada itu, elaun atlet akan digantung dengan serta merta,” katanya.

Mae dalam masa sama menjelaskan penerjun negara berada di China selama sebulan bermula pada Januari untuk persiapan Siri Terjun Dunia 1 dan 2 di China serta Jepun, kemudian bertolak ke Gold Coast untuk Sukan Komanwel 2018

Sumber:-Hmetro

Siapakah penerjun yang terlibat itu? Korang klik link ini untuk maklumat tersebut.

Terkejut bukan dengan nama atlet senior tu? Mungkin ada yang kata bahawa itu cara untuk lepaskan tekanan tapi adakah begitu caranya? Mungkin pihak ISN perlu mencari kaedah terbaik untuk mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives