LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Atlet e-Sukan Malaysia menang RM16.67 juta

Atlet profesional sukan elektronik (e-Sukan) negara, Yap Jian Wei atau lebih dikenali sebagai xNova telah menjadi jutawan segera selepas pasukannya, PSG.LGD muncul sebagai naib juara perlawanan Dota 2, The Internatio­nal 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada semalam.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan yang terdiri daripada lima pemain itu membawa pulang wang tunai berjumlah AS$4,075,965 juta (RM16.67 juta).

Pasukan yang berpangkalan di China tersebut tewas kepada European Team OG pada saingan akhir yang me­nyaksikan mereka terlepas hadiah wang tunai berjumlah AS$11.2 juta (RM45.8 juta) yang menanti juara.

Sebagai rekod, e-Sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia dan dijangka dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik serta Sukan Asia akan datang.

Selain Dota, permainan lain seperti bola sepak FIFA dan PES turut dipertandingkan di pentas antarabangsa yang menyajikan habuan lumayan.

Permainan lain dalam peranti telefon seperti Mobile Legends turut popular dalam kalangan atlet e-Sukan dan ia dipertandingkan di pentas antarabangsa seperti Piala Asia Tenggara yang berlangsung di Jakarta, Indonesia Julai lalu.

Pada 2016, pasukan Fnatic dari Malaysia berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1.4 juta (RM5.6 juta) selepas menamatkan saingan Dota 2 di kedudukan keempat. – Agensi

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)