Atlet di bawah Program Road to Tokyo (RTT) dibenarkan berlatih

Ada berita baik bagi atlet-atlet yang dalam program Road To Tokyo(RTT) dimana mereka diberi kelonggaran untuk menjalani latihan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bermula pada 1 Jun ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju untuk memberi kelonggaran khas yang melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet bagi mempersiapkan diri dalam program Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo di Jepun.

Sesi latihan yang dibenarkan akan dijalankan di tiga kem latihan berpusat yang telah ditetapkan oleh Kementerian iaitu di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia dan Pusat Latihan Perayu Layar Kebangsaan.
Ia membabitkan 181 individu yang akan bertugas di sana bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun sebagai fasa pertama. Bagi memastikan proses latihan berjalan lancar, proses saringan COVID-19 akan dilakukan ketika pendaftaran.
Pendekatan kuarantin selama 30 hari bersamaan dua kali tempoh inkubasi akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan SUkan (KBS).

Mereka yang terlibat dalam latihan tidak dibenarkan keluar dimana saringan akan dilakukan dalam tempoh latihan.
Menurutnya lagi, satu Jawatankuasa Pemantauan yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan kem latihan berpusat dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

  • BHarian

Ia satu berita yang baik untuk para atlet yang mempunyai tanggungjawab ke Olimpik dan Paralimpik. Ia bagi memastikan fizikal dan mental mereka berada dalam keadaan terbaik.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.