LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

ASTRO anjur Kejohanan Badminton

Astro terus mengorak langkah dalam mencungkil pelapis badminton tanah air apabila menganjurkan Kejohanan Remaja Bawah 15 Tahun yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Kejohanan Remaja Astro merupakan kesinambungan kepada kejayaan program Astro Kem Badminton sebelum ini yang telah memberi manfaat kepada 15,800 remaja di antara umur 10 hingga 12 tahun.

Dalam saingan kali ini, sebanyak 32 pasukan bertanding bagi merebut wang tunai sebanyak RM14,000 di samping trofi kejohanan.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

“Saya berharap akan ada lebih banyak usaha daripada Astro pada masa depan untuk membantu pembangunan akar umbi kerana kebiasaannya langkah sebegini agak sukar didapati.

“Seringkali seseorang itu sudah berjaya baru akan wujud pihak yang menawarkan diri untuk memberi tajaan. Mereka tidak sama-sama membantu pembangunan,” kata Syed Saddiq.

Selain itu, turut berlangsung dalam majlis yang sama adalah sesi menandatangani perjanjian strategik di antara BAM dan Astro.

Melalui perjanjian itu, BAM akan terus mengiktiraf program anjuran Kem Badminton Astro serta menawarkan sokongan teknikal kepada Kejohanan Remaja Astro.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)