Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Kali ni cerita pasal asam jawa.. Ye la sekarang ni cuaca panas.. Batuk-batuk pun mula menganggu fizikal jadi memang rajin le melayan air asam jawa..

Rasanya ramai yang kenal dengan asam jawa kalau dalam bentuk untuk dibuat masak.. Lihat buah asam jawanya.

Secara jujurnya saya sendiri tak pernah tengok pokok buah asam ni.. Tapi seperti biasa jom layan info..
Pokok Asam jawa atau juga Celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Tamarindus indica.
Dari pokok tersebut, buah asam jawa akan diambil untuk kegunaan harian. Buah asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Buah asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula dan belacan.
Asam jawa mempunyai kelonsong yang mengandungi beberapa biji asam jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.
Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.
Asam jawa banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Di India, orang India mengunyah kulit pokok asam bersama -sama dengan daun sirih atau dimakan begitu saja bagi menjaga kesihatan badan ,terutamanya bagi wanita yang mengandung manakala dalam perubatan tradisional orang Timur, asam jawa dan akar pokoknya digunakan bagi menyejukkan badan dan sebagai pelawas. Kayu terasnya pula sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa dijadikan ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar. Kulit kayu juga dijadikan losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser dan gatal kerana terkena gigitan serangga. Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan.
Wah banyaknya khasiat.. BIasanya yang kita tau cuma untuk mengurangkan kadar batuk dan menyejukkan badan rupanya banyak lagi .. Anda semua camne?? Layan asam jawa tak?? Kalau tak , camne nak makan kuah asam pedas?
RSS Feed
Twitter



May 29th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Dulu masa kecik2, ajak sepupu panjat pokok asam jawa.
Kalau kene yang manis tu, best sgt. Kalau yang masam pun best. cam layan je..
Reply
masa kak jie mengandungkan anak ke-3 tu…memenag mengidam asam jawa …tapi yang hijau
cari tak jumpa pula tu…adeihhh…
anak ke-2 kak jie dari kecik2 sampai skrg ni umur dah 15 tahun masih suka makan asam jawa…masa kecik2 dulu..nak masak cari asam tak de….tgok2 dia dok usung bekas asam tu…dok makan depan tv.
Reply
Awal bulan aritu…ade pergi kat pasar payang kat terengganu…asam nie memang banyak di jual….
Reply