Asal usul Kampung anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lemau hari ni.. Baru lepas basuh kete dan bengang dengan ‘tinted kete’ yang nampaknya cam cap ayam. Tapi malas nak fikir sangat apahal pun entri di blog ini perlu ditulis juga..

Untuk kali ini saya terasa untuk menaip entri yang mudah tapi mungkin ramai yang tidak tahu iaitu tentang asal usul nama kampung anda.. Mungkin ada yang tau dan tak kurang yang tak tau. Bagi kampung saya yang dinamakan sebagai Kampung Kesang TUa diberitakan bahawa asal nama kampung tersebut adalah melalui seorang tua yang terjumpa satu kerongsang di Sungai. Dan kampung ini dinamakan Kesang bagi pemendekan ayat Kerongsang. Kesahihannya tak dapat dibuktikan namun itulah dia mulut-mulut penduduk veteran yang menyampaikannya. Bagaimnana pula dengan anda?

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1937
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Asal usul Kampung anda?”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    nanti aku check mana dapat nama kg terentang ngan kg kumpai or chenderah ya. hehe :)

    Reply

  2. kisahsensasiNo Gravatar says:

    biler citer pasal asal usul tempat @ bandar nie…teringat lak thesis untuk kajian tempatan time skolah menengah dulu…hohoho…

    Reply

  3. emmeNo Gravatar says:

    Terus terang, nama kampung aku Kampung Sungai Buaya. Ada sebuah kisah yang mengatakan, seekor buaya pernah menyelamatkan Sultan Selangor(Datuk kepada Sultan Selangor sekarang) yang dihanyutkan ombak ketika bermudik dengan sampan, pada ketika itu pemerintahan negeri Selangor adalah di Kampung Bandar dan Bukit Jugra.

    Atas sebab jasa buaya tersebut, kampung aku dapat nama tersebut. Kalau korang tak percaya aku tak kisah pon… :)

    Anyway, satu ketika dulu memang banyak buaya kat sungai kampung aku ni.

    Reply

  4. LeEpanNo Gravatar says:

    Menurut cerita pada tahun 1964 sebuah lagi keluarga dari kumawanan telah berpindah ke Kg Merampong, beliau adalah seorang ibu tunggal kepada dua orang anak perempuan.
    Setahun kemudian wanita itu telah berkahwin dengan lelaki berasal dari kampung karanaan tambunan iaitu Hj Ibrahim Bin Gambanau, dan menatap di kg merampong.

    Hj Ibrahim ini berusaha untuk merubah keadaan kampong yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan asas seberti jalan raya dan sekolah.
    Beliau bersama sama dengan ketua ketua kampong K.K Girong, K.K Umporoh dan telah sepakat untuk membena sekolah berasaskan kayu dan bambu, sekolah dibena berhampiran dengan jalan utama keningau kota-kinabalu. Setelah sekolah siap, Hj Ibrahim telah berjumpa dengan Dato Undan untuk mencari tenaga pengajar.

    Robert Gindai dari kg Ranggom di lantik sebagai guru pertama mengajar di sekolah kg merampong ini. Setelah itu Hj Ibrahim menyarankan agar membina jalan raya yang menghubungkan jalan utama ke kg merampong. Beliau bersama penduduk kampung berkerja keras membina jalan raya menggunakan cangkul, jalan raya ini untuk kemudahan anak-anak pergi ke sekolah, dan juga untuk memudahkan kenderaan jabatan kerajaan yang akan masuk melawat kampung ini.

    Pada masa itu Hj Ibrahim dan keluarganya sahaja yang beragama islam di kampung merampong, menurut cerita orang pertama yang memeluk agama islam di kg Merampong ialah Encik Judin, bersama keluarga kemudian di ikuti Encik Yusop lansok bersama keluarga dan menysul lagi keluarga Encik Saidin dan satu persatu keluarga di kampung merampong ini turut memeluk agama islam

    Menurut cerita masi banyak lagi jasa jasa Hj Ibrahim yang tidak sempat di ceritakan disini. Kini Hj Ibragim telah meninggal dunia pada tahun 1995.

    Beliau meninggalkan balu Puan Piah Binti Dingkai, hasip perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Salinah Hj Ibrahim dan Sulinah Hj Ibrahim sementara Saruni dan Rojiah merupakan anak tiri kepada Hj Ibrahim. Mereka ini semua masi menatap di Kg Merampong hingga kah ke hari ini.

    Begitulah serba sedikit cerita yang saya dengar. Tapi warga kampung ini seolah olah telah melupakan jasa-jasa beliau.

    Hj Ibrahim adalah orang yang bertanggung jawab merubah keadaan kampung merampong ini dan di sokong penduduk kampung pada masa itu..

    Reply

  5. petakNo Gravatar says:

    ASSALAMUALAIKUM…

    BOLEH X AKU NK TANYA…ADA SESIAPA TAHU TENTANG KAMPUNG PADANG RAJA, MACHANG, KELANTAN…AKU NK TAHU TENTANG KAMPUNG 2 N ASAL-USUL KAMPUNG 2 SEBAB XDE LGSG DLM INTERNET OR MANA2 …OK..

    Reply

Leave a Reply