Artis Banyak Complaint, Player Bola Rileks je potong gaji

Salam semua..
Sebelum Ligakampung.com berbincang tentang tajuk tu, mungkin anda semua boleh layan video perbincangan 4 pengacara ASTRO Arena ni dulu.

Pendapat kami di Ligakampung.com adalah kebanyakan pemain mungkin telah ada kontrak yang termaktub. Memang cabaran bagi pemain bola dan juga pihak pengurusan. Pihak pengurusan pasti mengalami masalah cash flow akibat ketiadaan perlawanan pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini.
Kami bersetuju dengan pendapat Azlan Mubin supaya pihak majikan perlu berbincang dengan PFAM (Persatuan Pemain Bola sepak Professional Malaysia) tentang isu ini. Perkara ini juga berlaku di Liga professional di seluruh dunia dimana akan ada isu para pemain terpaksa dipotong gaji malahan tidak mustahil ada pasukan yang tidak membayar gaji.
Perkara ini perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin apatah lagi kebanyakan para pemain bergantung hidup dengan aktiviti bola sepak. Memang ada akta yang akan melindungi para pemain tetapi bagaimanakah pelaksanaannya? Cukup sukar untuk kita lihat tindakan undang-undang dapat membantu kebajikan para pemain.
Sambil itu, layakkah para pemain untuk menerima BPN? Mungkin yang tahap star tu tidak termasuk tapi yang gaji rendah perlu dibantu oleh pihak berkaitan.

Okay cukuplah pendapat ringkas dari kami di Ligakampung.com. Mungkin anda di luar sana ada pendapat yang lebih bernas.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.