Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Aqil Arazi , pemain muda berkelana di AS Cannes, Perancis

Ketika kita sering membicarakan mengenai pemain bintang Malaysia iaitu Safawi Rasid dan Luqman Hakim mungkin ramai tidak mengetahui terdapat beberapa pemain muda yang juga berkelana di Eropah.
Salah seorang adalah Aqil Arazi yang kini mencuba nasib di Perancis dengan kelab AS Cannes. Selepas dua bulan menjalani latihan, Aqil telalh diterima untuk didaftarkan bermain di kelab tersebut.
Dalam kenyataan di laman sosial Instagram miliknya, beliau ingin bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Kelab AS Cannes adalah kelab yang banyak melahirkan pemain berbakat besar seperti Zinedine Zidane dan Patrick Vieira.
Selain Aqil di Perancis, Allee Putra Azril turut meraih peluang bersama sebuah akademi di Sepanyol, FC Malaga City di samping Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab, Red Star Belgrade.

Di Jerman juga menyaksikan Muhammad Diniz Irwan kini beraksi buat pasukan kedua, Eddersheim FC yang bermain dalam divisyen lima liga Jerman.
Sumber : Harian Metro

Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk perkembangan bola sepak negara. Semoga ia akan menjadi pemangkin untuk mereka berjaya.

Boleh tengok aksi Aqil di sini

https://business.facebook.com/ligakampung/videos/376298383793092/

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)