Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Hari ni pergi ke pasar malam Jasin. Tak tau nak beli apa akhirnya menyambar apam balik. Harganya tak berapa mahal RM2.00 je sekeping..

Apam balik dikumpulkan dahulu sebelum menjadi santapan si Zool dan keluarga
Okay, sedikit info mengenai apam balik
Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.
Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.
Sumber :- Wikipedia
Wah susah gak nak masak apam balik ni. Kena letak soda dan air penaik ibu roti. Patutlah tak pernah nampak apam balik kat gerai-gerai makan ( biasa kat pasar malam sahaja). Yang menarik tak pernah tau pun apam balik ni dibahagikan kepada 2 jenis.
Tapi pelik kan kenapa dinamakan sebagai apam balik ye?? Mesti pencipta namanya ada sejarah tersendiri ni.
Cukuplah sedikit info untuk hari ni.. Jom temankan saya makan apam balik .. He he he..
Resipi apam balik :-
MyResipi
Resipi4u
RSS Feed
Twitter



November 14th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


suke makan apam balik.. kekadang pepandai letak daging burger dalam.
Reply
zool
Reply:
November 15th, 2009 at 18:47
wah idea baru tu.. tak penah cuba..
Reply
memang best apam balik ni jika kena dgn org pandai buat…
yg xbestnya apam balik hangit…
aku bese beli yg nipis…rm1.00 dapat 3… tapi simple je la…nipis tapi best…yg tebal2 dh muak…wakakaka…….
Reply