Apa yang perlu diketahui selepas memiliki rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Walaupun bekerja di bahagian perumahan tapi saya bukanlah pakar sangat namun ingin berkongsi pengalaman tentang perkara yang perlu diketahui selepas membeli rumah. Sebenarnya saya terasa ingin menulis entri ini selepas ada seorang rakan yang telah membeli rumah tapi masih tak mengetahui tentang perkara yang perlu diketahui selepas membeli rumah.
Antara perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut :-

5 tkt rumah pangsa kos rendah pj

Cukai Pintu dan Tanah
– Ini perkara yang berlaku pada seorang kenalan saya. Dia telah membeli rumah pada tahun 2011 tapi tak tahu yang dia kena bayar cukai tanah. Alamat tidak ditukar dan akibatnya dia tidak menerima surat dari pejabat tanah kerana alamat yang didaftar pada awal adalah alamat ketika menyewa. Nasib baik si tuan rumah lama mengambil inisiatif untuk mencari dan memberi notis cukai tanah yang tidak berbayar.
Bagi pemilik rumah, perkara ini perlu diambil berat kerana pihak berkuasa negeri dan tempatan berhak untuk menyita ataupun merampas harta anda jika berlaku tunggakan melampau.

 

Dekorasi Rumah
– Bila ada rumah bukan setakat boleh duduk macam tu je. Kena ada perancangan untuk ada barang-barang macam perabot. Susunatur juga perlu disediakan bagi memastikan kawasan rumah selesa untuk didiami. Kalau rumah tak tentu arah pasti tak selesa tinggal disitu. Ketidakselesaan pasti akan memberi kesan pada kualiti hidup .

 

– Bila nak buat dekorasi pula kena sediakan bajet. Kalau tiada bajet memang tak bolehlah nak menghiaskan rumah menjadi lebih sesuai dengan diri anda. Jadi sebelum tinggal di rumah tersebut, sediakanlah sedikit bajet untuk menghiasi rumah anda.

Baki Pinjaman Perumahan
– Kadang-kadang apabila beli rumah ada yang tak ambil berat tentang bayaran pinjaman perumahan. Ada yang tidak merancang untuk membayar sehingga ada yang dilelong akibat tidak mampu untuk membayar. Jadi pemilik rumah kena bersedia dengan bajet untuk bersedia bagi pinjaman yang perlu dibayar pada setiap bulan.

Jiran-jiran
– Bagi yang tinggal di kawasan yang mempunyai kejiranan perlu sedikit sebanyak mengetahui tentang kejiranan di kawasan berhampiran. Kalau boleh, berkenal-kenalan dengan komuniti perumahan di kawasan bagi memudahkan sebarang aktiviti atau masalah yang berlaku. Datang ke masjid, pergi mesyuarat, bergotong royong merupakan antara aktiviti yang mampu membantu mendekatkan diri kita dengan komuniti perumahan.

Itu serba sedikit yang perlu diketahui. Secara jujurnya saya juga ada yang terlalai dalam perkara diatas. Kalau anda ada idea, bolehlah dikongsikan bersama.

8 thoughts on “Apa yang perlu diketahui selepas memiliki rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.