Apa Yang Perlu di Lakukan Oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu

Salam semua. Jamal kembali bersiaran selepas lama menyepi diri. sibuk terlibat dengan kempen PRU 14 sampai boss suruh update blog ni pun tak terbuat.
Kali ini, Jamal nak tulis pasal Kementerian Belia dan Sukan yang akan menerima Menteri yang baru. Jamal belum tau lagi siapa bakal menggantikan Khairy Jamaluddin tapi mestilah seorang yang muda belia dan fit setanding dengan KJ.
Jamal rasa nak beri pendapat apa yang perlu dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan baharu bagi program=program sukan. Di sini Jamal listkan beberapa cadangan :-

1) Meneruskan program baik yang telah diatur oleh Kementerian sebelum ini. Antaranya seperti Program Jelajah FitMalaysia, Program Hari Sukan Negara, Program Podium dan sebagainya. Cuma perlu ditambahbaik dari segi pelaksanaan sahaja.


Yang tu Menteri baharu kena buat ‘study’ dulu. Kalau boleh bincang juga dengan Menteri yang lama. Mungkin boleh bekerjasama dengan beliau bagi memantapkan sukan Malaysia ni.

2) Persediaan menghadapi temasya Sukan Asia yang bakal berlangsung pada 18 Ogos – 2 September 2018 di Jakarta dan Palembang. Mungkin ada KPI yang boleh disusun dengan lebih cemerlang bagi memastikan persembahan atlet Malaysia bukan sekadar hanya bercuti beli kain batik je.


3) Menyatupadukan kaum dalam sukan. Sekarang ni kalau ikutkan sukan banyak dimonopoli oleh kaum=kaum tertentu. Contoh ketara adalah sukan no 1 dunia iaitu bola sepak.
Sukar untuk kita lihat pemain berbangsa Cina dalam liga bola sepak tempatan apatah lagi skuad kebangsaan. Memang sukar. Dalam 5 tahun kebelakangan ini nama Yong Kuong Yong. sahaja yang pernah mewakili Malaysia bagi kaum China.

Yong Kuong Yong, antara atlet kaum Cina yang beraksi di Liga Malaysia

Itu belum lagi tengok kaum Sikh yang tiada wakilnya. Malahan nak cari pemain asal dari Sarawak dan Sabah pun sukar. Adakah mereka memang sudah tak berminat dengan sukan bola sepak? Amat mustahil.
Bukan sahaja bola sepak, sukan-sukan yang didominasi oleh sesetengah kaum juga perlu dilakukan transformasi terutama sukan yang mempunyai potensi di arena antarabangsa seperti hoki, badminton, bola keranjang dan sebagainya.

4) Sukan di peringkat sekolah perlu diperkasakan. Tidak semesti sekolah sukan je yang mementingkan sukan sebaliknya perlu juga pada sekolah biasa. Kes matapelajaran Pendidikan Jasmani ditukar kepada matapelajaran kelas merupakan isu yang melambatkan usaha untuk menjadikan sukan sebagai keperluan di sekolah.
Teringat masa Jamal sekolah dulu, cikgu yang ditugaskan mengajar PJ asyik batalkan aktiviti luar dengan alasan pelbagai. Asik kena buat Matematik je bila ada PJ. Nasib baik Jamal ada bakat dalam sukan jadi bolehlah bersukan lepas sekolah. Yang nerd tu memang asik mengadap buku je la sampai pakai speks yang tebal bila masuk Universiti.

5) Kemaskan Persatuan Sukan di seluruh Malaysia. Banyak Persatuan Sukan di Malaysia ni hidup segan je.. Bila ada acara baru nak setup Jawatankuasa. Habis je event 2 tahun lepas tu baru ada mesyuarat. Tak tau le kalau tak cukup peruntukan tapi boleh la Menteri turun padang tengok benda ni.

6) Peruntukan kena lebih telus. Kalau boleh janganlah Persatuan popular je dapat duit banyak tapi prestasi di takuk lama je. Sukan hoki misalnya tak dapat peruntukan yang sepatutnya walaupun prestasi mereka cukup baik di peringkat antarabangsa. Tak ramai pemain hoki sanggup jadi professional sebab tak yakin dengan pendapatan mereka.

7) Kebajikan atlet perlu dijaga terutama yang telah bersara serta yang mengalami musibah. Mungkin atlet-atlet ini perlu ada perlindungan macam KWSP, SOCSO. Jamal dengar ada cadangan nak mewujudkan skim ni tapi tak tau le samada berjalan atau tidak. Sekarang ni kebanyakan skim yang ada ketika atlet beraksi yang diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negara . Kalau ada Skim Persaraan mungkin atlet akan lebih yakin dengan masa depan. Yelah, bukan semua atlet boleh jadi jutawan macam Lee Chong Wei, Nicol David. Atlet yang biasa-biasa pun perlu juga meneruskan kehidupan selepas menghabiskan usia remaja dalam acara sukan ni. Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mendapat perhatian Menteri baharu lepas ni.

Jamal rasa cukuplah 7 perkara yang boleh dicadangkan. Kalau ada masa lagi Jamal cuba kongsikan lagi ye.. ADIOS..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.