Apa Dilakukan Bila Gaji Lambat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pernahkah anda mengalami menerima gaji lambat? Mungkin ia sering berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam sektor swasta terutamanya apabila syarikat mengalami masalah kewangan. Ia akan memberi masalah yang berat pada diri anda kerana kelewatan pembayaran akan melibatkan hutang, pembayaran utiliti, pembayaran yuran-yuran serta perbelanjaan harian.
Bagi kelewatan pembayaran hutang-hutang ia pasti akan mengakibatkan kita dikenakan denda yang kebiasaannya dapat dielakkan. Manakala pembayaran lewat untuk utiliti juga boleh mengakibatkan pemotongan bekalan yang memberi kesan kepada kehidupan. Apatah lagi dengan perbelanjaan harian, pasti kesukaran perlu ditanggung dalam meneruskan kehidupan seharian. Belanja makan minum, minyak kereta/motor, tambang bas pasti akan menjadi kesan. Malahan ada yang terpaksa menambah hutang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pasti ia bukan satu tindakan yang bijak namun mungkin terpaksa bagi mengelakkan hidup semakin teruk.

Bila gaji diterima lambat apakah yang anda akan lakukan? Adakah anda akan :-

1. Membuat pinjaman baharu. Adakah anda akan pergi ke bank untuk membuat pinjaman peribadi atau meminjam daripada keluarga mahupun saudara mara? Tapi janganlah mencuba meminjam dengan ceti haram yang lebih dikenali sebagai ‘Along’.
2. Melakukan pemotongan perbelanjaan secara drastik. Mungkin anda terpaksa menggunakan baki gaji yang tinggal dengan sebaik-baiknya. Kos untuk makan perlu dikurangkan dan mungkin bekal di bawa dari rumah.
3. Menggunakan dana kecemasan yang disimpan. Pasti anda mempunyai perancangan kewangan yang baik sekiranya memiliki dana kecemasan ini. Tapi pastikan dana kecemasan digunakan seminima yang boleh.
4. Mencari kerja sampingan. Ada juga yang mencari kerja di luar waktu pejabat untuk menambah pendapatan. Kerja yang dilakukan biasanya adalah kerja yang dibayar secara terus tanpa gaji bulanan.
| Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita! |
5. Meniaga. Agak sukar jika berniaga dalam keadaan menunggu gaji tapi ia mungkin boleh dilakukan jika ada simpanan. Terdapat juga perniagaan yang menggunakan kos yang rendah yang boleh diceburi.
6. Menjual barangan berharga. Ada juga yang memiliki barangan berharga yang boleh dijualkan seperti barang kemas, kenderaan, rumah dan sebagainya.

merupakan 6 perkara yang mungkin biasa dilakukan apabila kita lambat menerima gaji. Mungkin ada aktiviti lain yang anda lakukan bila lambat menerima gaji. Apa pula pendapat anda? Pernahkah anda mengalami situasi di atas dan apa yang dilakukan oleh anda? Boleh bincangkan disini.

9 thoughts on “Apa Dilakukan Bila Gaji Lambat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.