Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau anda merupakan pembaca setia blog ligakampung mungkin telah membaca bahawa saya akan ke Pulau Langkawi pada 4- 6 April 2009. Saya akan menghadiri bengkel juruaudit dalaman perubahan MS ISO 9001:2000 ke versi ISO 9001:2008.

Ini merupakan kali kedua saya menjejak kaki ke Pulau Mahsuri ni (harap-haraplah ).. Kemungkinan berbeza kerana sebelum ini berjalan rombongan tapi kali ini mungkin tak banyak pergerakan memandangkan jadual yang disediakan oleh urusetia agak padat.

Apa yang menarik kat Langkawi ni ek?? Entahlah kalau berdasarkan pengalaman ianya memang merupakan tempat yang menjadi pilihan kaum ibu.. Barang-barang yang mendapat pelepasan cukai sudah pasti menjadi tempat bagi kaki ‘shopping’.. Bagi saya yang kureng nak berbelanja ni, mungkin ianya lebih kepada merehatkan sedikit kebosanan dan tekanan..

Nampaknya baju-baju di Langkawi sudah tidak akan dibeli memandangkan telah dibeli berkali-kali oleh saya dan adik beradik yang ke sana.. Paling lebih pun boleh beli coklat.. Tu pun tak boleh beli banyak sangat sebab tiada penghabiskan di rumah ni..

Okaylah mungkin pada waktu tersebut blog ini akan senyap seketika (kecuali ada connection di sana).. Juga akan mengurangkan sedikit traffik blog-blog saya…

Apapun kepada rakan-rakan semua, doakan saya selamat pergi dan balik ye..