Anugerah Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni saya mewakili Jabatan menghadiri majlis istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena sambutan hari ulang tahun beliau Ke-71 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.
Biasalah waktu ni ramailah disaksikan para-para ‘Datuk’ berhimpun samada menerima anugerah, menjadi pengiring ataupun saja-saja je. Saya pula hanya sebagai memenuhkan ruang kerusi. Almaklumlah, tiada jasa besar untuk dibanggakan. Tapi tak mengapalah, anugerah manusia tak bawa ke mana pun kan.. Yang penting anugerah dariNya..
Ketika majlis tersebut terperasan diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Memang cun lebih-lebih bila ditepek dengan make up. Ramai juga yang bergambar dengan beliau. Bukan beliau mendapat anugerah tetapi suami beliau yang menerimanya. Selain itu Rosyam Noor pun mendapat anugerah juga tapi bukan anugerah ‘Datuk’. Sebenarnya saya baru mengetahui yang Rosyam Noor ni merupakan orang Masjid Tanah, Melaka. Patutlah banyak drama terbitannya di buat di area Tanjung Bidara. Mungkin nostalgia lama dia kat situ..
Okay, cukuplah untuk hari ini. Nak tulis banyak-banyak pun bukan kita yang dapat anugerah..
p/s :- Tolong jangan komen yang menganggu gugat blog ini. Komen yang merbahaya akan di buang ye…














October 11th, 2009 at 9:58 am
waaa..siti dengan rosyam kat melake tuuu
[Reply]
zool
Reply:
October 11th, 2009 at 5:17 pm
ye la.. dia duk depan tu..
[Reply]
October 11th, 2009 at 11:23 am
tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Jefrideen diatas pengurniaan darjah kebesaran DMSM.Jamal abdillah bila pula?
[Reply]
zool
Reply:
October 11th, 2009 at 5:18 pm
jamal abdillah tak tau le….
mungkin negeri takut nak bagi kot..
[Reply]
October 11th, 2009 at 2:29 pm
takde gambar ko ngan siti. aisey. hehe
[Reply]
zool
Reply:
October 11th, 2009 at 5:18 pm
malulah aku nak tergedik2 ambil…
[Reply]