Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Anuar Manan memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2015

Pelumba pecut berbasikal negara, Anuar Manan berjaya menamatkan penantian selama empat tahun dengan memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2015(JM2015).
Beliau yang mewakili pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya melakukan pemisahan daripada kelompok pelumba di saat-saat akhir dengan melakukan pecutan hingga ke garisan penamat.

Pelumba berusia 29 tahun dari Terengganu itu menamatkan saingan peringkat ketiga sejauh 103.3 km dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya dengan catatan masa dua jam 14 minit dan 58 saat.
Pelumba Korea Selatan, Park Sung Baek daripada pasukan KSPO dan rakan sepasukan Anuar, Mohd Harrif Saleh masing-masing menghuni tempat kedua dan ketiga.
anuar-manan

Kemenangan itu merupakan kali ke-10 peringkat perlumbaan dalam siri Jelajah Malaysia selepas kali terakhir menjuarai peringkat keempat pada edisi 2011.
Anuar pernah menjuarai peringkat perlumbaan Jelajah Malaysia pada tahun 2007 bagi dua peringkat. Pencapaian terbaiknya dalam siri Jelajah Malaysia ialah pada tahun 2008 dan 2009 apabila menjuarai tiga peringkat perlumbaan.

Pelumba Sepanyol, Francisco Mancebo mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi biru sebagai pendahulu kategori Raja Pecut.
BERNAMA

Please follow and like us:
error0

One thought on “Anuar Manan memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)