Antara Sekolah biasa dan Asrama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Okaylah baru-baru ini saya telah menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan Oleh YB Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mengenai perkara berkait rapat dengan pendidikan.

Ianya adalah mengenai cadangan asrama..Melalui topik mesyuarat tersebut tercetus niat untuk menulis mengenai sekolah asrama di blg ini..

Gambar di curi dari MotivasiBelajar

Dan ianya mengenai kebaikan kebaikan bersekolah berasrama berbanding sekolah tanpa asrama….
Kelebihan sekolah asrama bagi pelajar-pelajar ialah :-

1. Memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari.. Walaupun tidak pernah ke sekolah asrama, tapi melalui pemerhatian, penceritaan didapati pelajar yang bersekolah di asrama lebih mudah untuk berdikari..
2. Pembelajaran lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang..Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.
3. Lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu yang ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mengikut tempoh ditetapkan.
4. Kurang ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.
5. Ibu bapa dapat menjimatkan kos..Melalui asrama, ibu bapa dapat mengurangkan kos ‘duit saku’,'duit pengangkutan’ dan sebagainya..
6. Lebih cemerlang dalam pembelajaran..Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan kecil.. Malahan kebanyakan pelajar asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari sekolah biasa..

Rasanya cukup setakat ini.. Mungkin ada antara perkara tersebut dipersetujui oleh anda dan mungkin anda membangkang.. Saya sendiri tidak mendapat pendidikan di asrama dan mengaku bahawa terdapat perbezaan antara saya dan adik beradik yang pernah bersekolah di asrama..
Walaubagaimanapun yang penting adalah diri sendiri dan sokongan dari kaum keluarga. Tanpa semua itu, sukar untuk pelajar itu berjaya..

Link berkaitan:-
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :12747
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

27 Responses to “Antara Sekolah biasa dan Asrama”

  1. AASSHHNo Gravatar says:

    salam zool..secara kasarnya memang sekolah baik untuk seseorang pelajar belajar hidup berdikari dan berdisiplin.Ianya juga merupakan persiapan awal seseorang pelajar sebelum mereka melangkah lebih jauh seperti ke universiti atau yang terkini..KHIDMAT NEGARA.Pelajar yang biasa hidup di asrama akan berasa seronok dapat mengikuti program khidmat negara tetapi sebaliknya bagi pelajar yang tidak pernah tinggal di asrama.Tetapi..ada juga pelajar asrama tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana DEMAM RINDU terhadap keluarga.Pernahkah kita lihat secara terperinci bagaimanakah hubungan antara pelajar asrama dengan ibu bapa mereka berbanding pelajar bukan asrama?Fikir-fikirkanlah…saya adalah pelajar asrama sejak di Tingkatan 1..maknanya saya hanya ada 12 tahun saja hidup dalam kasih sayang ibu bapa di rumah..so i can feel and know everything.

    Reply

  2. azwanNo Gravatar says:

    aku sekolah biasa aje dan tak bercadang pun nak hantar anak ke sekolah berasrama. nanti, 7-9 tahun akan hilang begitu sahaja.

    Reply

  3. ayiipzNo Gravatar says:

    aku bekas pelajar SBP SHAH Pekan Pahang, 2nd generation grad pada 1991. memang seronok sekolah asrama banyak pengalaman pahit manis yang masih bermain-main di fikiran, walaupun dah lebih 18 tahun meninggalkan bangku sekolah.

    Reply

    rosNo Gravatar Reply:

    salam ayiipz

    bole tau ko 2nd batch shah pekan,kelas mana?

    Reply

    rosNo Gravatar Reply:

    salam ayiipz

    bole tau ko 2nd batch shah pekan,kelas mana?apa email aku ady1201@yahoo.com

    Reply

  4. kujieNo Gravatar says:

    anak dpt upsr 5A ttp tak hantar ke asrama krn rasa terlalu awal utk murid tingkatan 1 utk dilepaskan… susah penat mengandung, jaga, berhenti kerja nak besarkan anak2…rasa rugi . Qualiti sekolah harian juga semakin baik skrg, sekolah dia belajar skrg, thn ini saja yg dpt pmr 8A berbelas2 orang, ini sekolah luar bandar.

    TTp anak pertama ke asrama, itu pun selepas PMR krn dia hendak ke sek men teknik – berminat untuk menyambung perniagaan keluarga dalam bidang kejuruteraan/kontraktor/juru ukur tanah. Saya lepaskan kerana dia telah ada hala tuju yang jelas apa pilihan pekerjaannya selepas belajar.

    Itulah, tiap org ada pendapat tersendiri…bergantung pada persekitaran di rumah juga. kalaulah dari keluarga yg kurang mampu, tinggal bersama keluarga yg ramai adik beradik, lebih baik ke asrama kerana lebih punya banyak ruang utk belajar.

    Reply

  5. KNizamNo Gravatar says:

    aku 5 tahun dok kuala kangsar.
    hehe best wooooo
    fikir2 balik cam x pecaya plak umur 13 thn dah dok jauh ngan parents

    Reply

  6. Akum bro.Amacam t-shirt ok tak utk smdb frendz?Aku tentang isu ni bergantung juga kpd semangat anak tu.Kalau jenis manja sangat memang payah nak sek.asrama.Cuma bagusnya sek.asrama ni mudah pelajar terdedah dgn persekitaran.Lagipun banyak program/aktiviti misalnya dulu KBS.Malaysia ada jalankan aktiviti pjdr(program jatidiri remaja rakan muda).Bagus tu sebelum ke plkn da ada asas.Tak gitu saudara-saudari sekalian?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    T-shirt ok.. Nampaknya ramai yang nak.. Jadi aku boleh buat lebih dari 10.. Tgh buat design untuk ditunjukkan kepada budak2 frendzy..
    Baguslah KBS kerana membantu pelajar2

    Reply

  7. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Aku bersekolah asrama penuh dari tingkatan 1 – 5.. kemudian sambung belajar lagi 3 tahun untuk diploma….

    Pendapat peribadi aku:

    1.Budak asrama habis sekolah, peratusan yang kurang pandai bergaul dengan masyarakat adalah lebih tinggi.

    2. friends come first.. family second. + kurang mesra dgn adik beradik.
    (apatah lagi ada sesetengah ibu bapa yang terlalu sibuk / jauh – jumpa anak waktu cuti sekolah sahaja.)

    3. pemantauan jika ada unsur-unsur negatif, adalah di luar kawalan ibu bapa.

    4. dari segi pelajaran dan pembelajaran tak dapat dinafikan! tip top budak2 hostel ni (tapi sebenarnya budak asrama adalah yang terpilih, pasal tu result gempak)

    5. Ada juga yang lebih cemerlang bila masuk asrama pasal kat kampung / rumah.. member2 yg setan lagi ramai, jadi masuk asrama mereka terhindar daripada gejala2 negative ni.

    6… tak terlintas lagi (ada banyak point lain )

    Reply

    imranNo Gravatar Reply:

    Ada benarnya apa yang saudara nyatakan. Sekarang ramai juga yang risau bila menghantar anak ke Sekolah Berasrama…

    Reply

  8. nonoNo Gravatar says:

    Topik yang menarik.

    Saya pernah bersekolah biasa selama 4 bulan dan kemudian bertukar ke sekolah semi-asrama dan pernah mendapat tempat di sekolah berasrama penuh tetapi memilih untuk tidak berpindah ke sekolah berasrama penuh.. hehehe..

    Urm, ada pro dan kontra nya. Tapi saya tahu kebanyakan ibu bapa lebih suka sekiranya anak-anak mereka bersekolah di sekolah berasrama penuh. Mungkin mahukan anak-anak cemerlang dalam bidang akademik barang kali. Dan apa yang awak nyatakan itu betul, sekiranya anak-anak bersekolah di sekolah berasrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT. Kerana saya punya masalah yang teramat apabila saya menjejakkan kaki ke universiti. Hm..

    Masalah saya cuma satu, letih. Segala benda diuruskan sendiri terutama sekali part-part membasuh baju. Argh.. Saya mmg kurang suka tapi apa boleh buat, terpaksa. Dan satu lagi budaya berkongsi2 yang sungguh tiada privacy. Urghh, tension sekali! Lebih2 lagi dengan kawan2 yang buat harta benda kita macam harta sendiri. Tak sukeeeeeee..

    Reply

    tunepalNo Gravatar Reply:

    hehe. betul. tak suka diorang main pakai je barang kita..

    Reply

  9. seronok sebenarnya sekolah asrama..mmg betul,ia mengajar kita supaya lebih berdikari dan berani mencuba..saye dulu dari tingkatan 1 sampailah ke U asyik berjauhan ngan keluarga n bila dah dewasa ni terasa juga yang masa kita bersama keluarga seakan-akan tak mencukupi..

    tapi mase bdk2 dulu,sesekali berjumpa rasa bahagia n dihargai..(seronok sangat kalau mak ayah n family datang menjenguk bawa KFC..hehe..)

    Reply

  10. dhiyaizzahNo Gravatar says:

    Salam saudara,

    Nak tumpang tanya, apa aktiviti pelajar sekolah asrama penuh pada waktu malam?
    adakah mereka ada sesi pembelajaran formal seperti waktu siang?
    mohon reply segera.
    terima kasih.

    Reply

  11. dinaraNo Gravatar says:

    can u give another kebaikan tinggal di asrama….i need it…coz i’m going to present 4 d p’bhasan which titled was ‘tinggal di asrama lebih daripada tinggal di rumah’…can u..????..tq..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    rasanya banyak dah kat atas tu.selain tu tgk komen kawan2.. byk boleh masukan dlm perbahasan

    Reply

  12. raitoNo Gravatar says:

    slm sejahtera.ya memang ada pro kntranya tinggal di asrama dan sekolah biasa.tinggal di asrama mengajar seseorang berdikari,berdisiplin dan sebagainya.dan separti yang saya alami sendiri tinggal di asrama selama 13 tahun menyedarkan saya yang saya telah terlepas 13 tahun masa saya untuk bersama dengan ibu bapa sebelum benar-benar brpisah dgn mereka satu haeri nanti.tapi ia memang sesuatu yang menarik tinggal di asrama.^_^

    Reply

  13. munirahNo Gravatar says:

    saya nak tanya sedikit tentang asrama biasa untuk from 1. di negeri sembilan dimanakah teletak nya asrama biasa?

    Reply

  14. abdul azizNo Gravatar says:

    asalamualaikum,

    saya tak niat nak masukkan anak saya sekolah asrama. Tapi ada sesiapa blh tlg bagi saya jadual pembelajaran cantik punya kat rumah lepas waktu sekolah supaya anak walauoun kat rumah disiplin dia study nmacam kat asrama………….

    Reply

  15. y ongNo Gravatar says:

    Anak saya dah daftar SBP , tp 2 minggu ni asyik call nak balik , tak nak dok asrama. Saya sayang nak keluarkan dari SBP sbb bkn senang nak dpt , dah dpt nak lepaskan peluang lak! T p rizau pulak bila dia cakap x blh nak fokus belajar.S bb kat rmh lagi selesa 1 blk sorang , ada aircond, tak ada org kacau , tiba2 kat asrma semua nak kena buat, dan yg tak blh tahan rindu keluarga samap ai x blh belajar, mcm mana yek? Kelauar @ tidak? Sape ada pengalaman boleh konsi tak?

    Reply

  16. sunshineNo Gravatar says:

    y ong, saya pun macam anak y ong gak. saya pun baru jer masuk sbp. saya pun hadapi masalah macam anak y ong jugak. sekarang nie saya pun confius gak nak keluar dr sekolah tu atau tak…..
    tension….!!!!!!!!
    sapa2 please help me!!!!!!!

    Reply

  17. faNo Gravatar says:

    saya lagi confius..nak kluar ke tak???sbb saya ada kembar n kami tpaksa bpisah …jadi sentiasa tringat kat dier n tak boleh focus..apa nak buat???

    Reply

    ummiNo Gravatar Reply:

    buat yg terase nk kluar asrama..
    rtanahkn la ati..
    biase la dpt culture shock..
    tp, alah bisa tengal biase..
    sy dh 4 thon ddk asrama..
    3 thon di asrama harian..
    dan 1 di sbp..
    alhmdulillah..
    mmg rase GILER NK KLUAR kdg2 tp sabo je la..
    wat yg ade kembar 2,,
    kwn sye pon sme mcm anda..
    tapi cube fikir..
    1 ari korg akn pish gak knn..
    jdknn nie sbg pengalaman..
    lg pon,,
    kwn2 ade utk bg support kn..

    Reply

  18. padihumaNo Gravatar says:

    salam.. saya delima, samaada nak masukkan anak ke sekolah berasrama atau tidak… usia baru 13 thn..hati belum puas bermesra, 13 thn apa sangat la kehidupan yang telah dia dilalui… huhuhu.

    Reply

  19. saraNo Gravatar says:

    Anak saya nak masuk asrama tok puan norashikin di jalan cochrane, Tolong bagi tahu macam mana jadual untuk kita bawa balik anak. Setiap sabtu & ahad boleh balik rumah atau tunggu cuti panjang.

    Reply

  20. ibu prihatinNo Gravatar says:

    Anak I dpt SBP utk ke form 4. Nak sgt ke MRSM tapi t’lps. Dah buat rayuan & jumpa Pegawai berkenaan. Ni dah dpt SBP secara otomatik MRSM takkan dptlah. Sementara menunggu jawapan tempohari, ada juga mohon tukar sekolah ke SAB. Tapi dimaklumkan oleh KPM kena tunggu hingga akhir Mac nanti. Masalahnya, kami mohon SBP lain, lain pula yg ditawarkan. Bila check prestasi, sekolah tu ranking result SPM 2009/2010 ke 40++ dari senarai 60 lebih buah SBP slrh negara. Tu yg lemah tu… Kalau kami tolak SBP, bagaimana nanti kalau tak dpt SAB? Semua tahu sekolah ni Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)/Sekolah Cemerlang dan top 5 best PMR 2011 result baru2 ni. Kami mohon asrama di SAB. Mmg dah dimaklumkan tempat di sini amat terhad. Pada masa yg sama juga, di sekolah harian biasa yg dia bersekolah skrg, dia ditawarkan menjadi Ketua Pengawas Sekolah, di samping jawatan yg lain. So, dia rasa sayang sangat nak lepas peluang tsbt. Ini tentu saja membantu dalam sijil berhenti sekolahnya lepas SPM nanti.
    Really appreciate kalau sesiapa yg boleh beri pandangan bernas. Saya tak begitu setuju jika ada yg kata semua sekolah sama saja. Semuanya atas pelajar tu sendiri. Bagi saya persekitaran, pengaruh rakan2, komitmen tenaga pengajar/pihak sekolah, persaingan, semuanya memberi kesan kepada semangat pembelajaran anak2. Of course, peranan ibu bapa juga penting…

    Reply

Leave a Reply