Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah pasti ada yang tertanya-tanya apa kaitan antara penolong pegawai dan penoreh getah. Sebenarnya tiada sebarang kaitan cuma saya berasa terpanggil untuk berkongsi borak-borak kosong di kedai makan…

Saya yang memang lebih dikenali sebagai pendengar sudah pastinya menekap sedikit maklumat dalam minda sambil melihat berita sensasi di kaca tv.. Dan perbincangan antara kami cukup membuatkan ruang-ruang neuron di otak bercantum sekaligus mencernakan idea-idea yang bersarang dalam hati.. Ceritanya mengenai keadaan penoreh getah,.. Jika suatu masa dahulu profession ini dipandang lekeh oleh sesetengah pihak namun di kala kadar getah meningkat penoreh-penoreh mendapat pulangan yang lumayan..Malahan kadar pendapatan yang diperolehi melebihi dari pendapatan seorang penolong pegawai teknologi maklumat.. Dengan kadar stress yang kurang berbanding sebagai penjawat awam, penoreh getah mampu menjalani hidup dengan selesa.. Bayangkan terdapat penoreh getah yang memandu kereta kancil untuk dibawa ke kebun tanpa rasa bersalah.. Huhuhuhu.. Si penolong pegawai teknologi maklumat ni nak tukar ‘drive shaft’ pun terpaksa buat kira-kira dulu.. Malahan dengan kebijaksanaan si penoreh getah, beliau mampu menambahkan pendapatan dengan melaksanakan kerja-kerja tambahan di waktu petang.. Almaklumlah kerja menoreh ni biasanya dijalankan pada waktu pagi.. Dengan peluang-peluang pertanian yang terbuka luas terdapat penoreh yang melaksanakan projek pertanian atau penternakan.. Dan hasilnya sudah pastinya lumayan.Walaupun badan berbau kurang menyenangkan tapi pendapatan ‘masyuk’. Malahan mampu mencecah tangga gaji wakil rakyat.. Teringat dulu masa menghadiri satu mesyuarat, YB bercerita bahawa jika sebelum ini beliau membelanja penoreh tetapi dengan kadar harga getah yang meningkat beliau pula dibelanja.. Satu kadar peningkatan taraf hidup penoreh yang baik.. Malahan jangan terkejut kalau satu hari nanti ada budak-budak kecil yang bercita-cita menjadi penoreh..

Tetapi bukan semua penoreh getah menikmati kesenangan ada juga penoreh getah yang kais pagi makan pagi terutamanya yang terpaka menoreh di kebun orang lain.. Namun dengan hasil getah yang meningkat di harap tuan kebun dapat meningkatkan lagi hasil upah mereka..

Okaylah nampaknya mata semakin kuyu dan perlukan rehat untuk berhibernasi.. Salam semua…

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (7)