Antara Malaysia dan Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin agak lambat berbicara tentang isu ketidakpuasaan hati segelintir rakyat Indonesia terhadap rakyat Malaysia sehingga berlaku konflik yang agak teruk. Hanya disebabkan masalah kecil ianya menjadi melarat terutamanya dengan perisa yang ditambah oleh pihak media. Sentimen seperti hakmilik tarian Pendet dan sebagainya bukan memberi makna. Malahan ada yang meminta agar mematenkan barangan untuk jadi hakmilik negara.
Sebenarnya melalui pengamatan, kisah ketidakpuasaan hati bukan sekadar dilakukan oleh pihak Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) sahaja malahan konflik ini juga berlaku di alam maya ini. Adakah anda pernah membaca blog yang mengkutuk terang-terangan pihak yang satu lagi. Tak kiralah samada blogger dari Malaysia mahupun Indonesia. Ada yang mencaci dan menghina negara berdekatan. Bukan setakat itu, malahan di youtube, facebook dan laman sosial lain pun terdapat maki hamun antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan negara yang disebelah itu teruk sedangkan sebenarnya sama sahaja. Mati nanti kita akan dimasukkan ke tanah yang bentuknya hampir sama juga..

Sepatutnya berada dalam satu rumpun, persefahaman dan perpaduan yang dicapai namun konflik yang ditimbulkan. Secara peribadi, saya berpendapat konflik ini mungkin ditimbulkan secara terancang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka ingin menimbulkan huru hara pada negara berjiran bagi memudahkan mereka melaksanakan rancangan jahat. Apapun ini sekadar teori dan mungkin boleh disangkal. Diharap pihak kedua belah pihak patut mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan undang-undang yang tegas terhadap pemula. Malahan media juga patut dibawa ke muka pengadilan sekira terbukti mereka bertanggungjawab mengapi-apikan persahabatan antara dua negara. Adakah ‘Konfrontasi Malaysia – Indonesia (1962 -1966) ‘ ingin berlaku kembali?
Konflik yang berlaku sebenarnya mengundang banyak masalah bagi kedua belah pihak antaranya :-

1. Dari segi pandangan luar sudah pastinya mereka memandang negatif . Pelancong luar sudah pasti takut untuk singgah terutama ke negara Indonesia sekiranya konflik ini berlarutan. Manakala impaknya sedikit sebanyak pasti terpalit untuk negara Malaysia. Apatah lagi kisah ini dicanang ke media masa.
2. Musuh-musuh pasti tersenyum melihat peluang mereka untuk menjajah pasti terbuka melihat pertelingkahan antara dua negara yang sedang meningkat naik. Adakah kita mahu dijajah kembali?
3. Ekonomi pasti mendapat kesan negatif. Apa taknya, pelabur Malaysia pasti takut untuk meneruskan usahasama dengan Indonesia yang mengakibatkan pulangan mereka berkurang manakala pendapatan rakyat Indonesia pasti terjejas.
4. Menunjukkan ketidakmatangan antara satu sama lain.

Okay, cukuplah setakat ini. Harap-harap konflik ini tidak berpanjangan supaya rakyat kedua-dua negara dapat hidup dalam aman dan damai.
Sekian.

p/s :- Berilah komen yang membina dan bukan menggila.. Minta maaf, komen yang tidak menunjukkan kematangan akan dipadam tanpa sebarang notis.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2902
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

22 Responses to “Antara Malaysia dan Indonesia”

  1. Ali ridhaNo Gravatar says:

    mesti kerja sang musuh2.supaya
    senang menjajah.kaut untung
    bnyk2 kt 2 Negara ni.

    aku sedia maafkan sedara
    serumpun di Indonesia.
    walaupon anda tak pernah
    pegi sekolah.sbb tu xfaham bahasa.hehehehehehe……

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu.. aku pun rasa camtu.. mesti ada yg cucuk jarum.. dia tgk malaysia tgh maju..

    Reply

  2. zikNo Gravatar says:

    unsur lain nie… tak habis2 nak memecahbelahkan.. isk2.. rentikanlah deme nie..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang ada yg cuba memecahbelahkan kita.. teruk kes ni sekarang

    Reply

  3. singgah2..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq.. terima kasih kerana singgah

    Reply

  4. Mr.ZNo Gravatar says:

    kalau dilihat, memang dah lama dah isu kutuk mengutuk antara M’sia dan Indonesia ni..
    rasa geram pun ada kerana mereka tergamak membakar bendera kita. tetapi lebih baik kita bersabar dan tangani dengan cara yang betul.. mereka yang buat perkara tu lagi suka sekiranya kita marah dan buat perkara yang buruk.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang lama.. cuma semakin hari semakin dinyalakan api kemarahan.. takut gak kadang2

    Reply

  5. zoulNo Gravatar says:

    Apalah nak jadi… kat dalam dunia ni.. yang betul2 rumpun melayu (nusantara) cuma Malasia ngan Indonesia jer.. tu pun nak dengki mendengki…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ntahlah… tapi memang teruk sekarang ni

    Reply

  6. etomyamNo Gravatar says:

    bagi aku ni mesti ada agenda tertentu dari pihak yang ingin mencari kesempatan
    btw dah terima kad raya tu, terima kasih :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku pun rasa camtu.. tu yg makin hangat setiap ari

    Reply

  7. haritzNo Gravatar says:

    aku dah bosan isu Mal/Indo ni.. tak abis2 sejak zaman datok aku lagi..huh!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang tak abis cuma risau kalau dia jadi lagi teruk…

    Reply

  8. Sir MarcelloNo Gravatar says:

    dua negara berjiran yang kuat bergomol…tak lama lagi sejarah dunia akan tertulis macam tue~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    byk negara jiran yg kuat bergomol.. tapi takut gak kita alami camtu

    Reply

  9. The ThinkerNo Gravatar says:

    “Media adalah entitas paling ampuh di jagat ini. Media memiliki kekuatan menjadikan orang yang biadab seakan tanpa dosa dan orang yang tidak berdosa dikemas seakan benar-benar biadab. Disitulah letak kekuatannya, karena media mengendalikan fikiran massa.” (Malcolm X)

    Saya muslim yang lahir di Indonesia. Dan saya mengamati perjalanan sejarah Indonesia – Malaysia… dan saya sama sekali bukan penganut nasionalisme… marilah kita melihat ke titik yang lebih jauh… Aqidah Islam.

    Apakah kita tidak merasa…ada sesuatu yang bukan dari golongan Malaysia…bukan pula dari golongan Indonesia… yang dari dulu hingga kini terus berusaha memercikan api kebencian dan hasrat peperangan diantara kita?… ada pihak ke 3 yang menginginkan darah muslim Malaysia dan Indonesia tertumpah…

    maka sebaiknya kita berdua bersabar…sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.. dan fokus terhadap ajaran Islam…. sesungguhnya semua muslim itu bersaudara… dari pertama… bangsa ini “seakan-akan” merdeka.. saya tidak suka penghianatan Soekarno terhadap Tengku Daud Buerueh di Aceh… dan begitu pula saya tidak suka ketika Soekarno berseru untuk mengganyang Malaysia… sampai saat ini.. saya tidak suka apapun yang hendak memecah belah umat Islam… negara Mlaysia tidak lebih penting dari Islam, negara Indonesia tidak lebih penting dari Islam… pulau kecil itu tidak lebih penting daripada Islam… tarian itu tidak lebih penting daripada Islam…

    Kita akan menjunjung tinggi ajaran Islam… yang dengan itu.. semua batas-batas negara, ras, bahasa, kesukuan dsb akan sirna… Satu Raja yaitu Allah swt, satu pemerintahan.. dibawah naungan sistem dan peraturan Islam yang adil dan sejahtera.. di dunia dan di alam keabadian…

    Notes: Jangan pernah mau di adu domba. :)

    Salam perdamaian,

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kita memang bersabar bro.. tapi segelintir dari rakyat dua2 negara yang makin memuncak .. dah tu media masing2 cam melaga-lagakan antara satu sama lain.. memang bahaya..ni lah dia penangan media yang dikuasai oleh mereka2..
    terima kasih kerana melawat blog ini.

    Reply

  10. kerennn… keep posting gan :)

    Reply

  11. mirfan9899No Gravatar says:

    Salam kepada seluruh warga nusantara. Agak sukar untuk ditemui forum perbincangan Malaysia-Indonesia yang berfaedah. Kebanyakkannya sarat dengan caci maki serta fitnah memfitnah memburukkan satu sama lain. Saya ingin menyeru kepada rakan forumer dari Malaysia agar bermuhasabah diri dan berlapang dada.

    Umumnya generasi yang lahir di era 70an ke atas seperti saya kurang mengetahui bahawa satu ketika dahulu kita banyak berguru dari Indonesia. Maklumlah kita baru mengecapi kemerdekaan sedangkan Indonesia telah lebih sedekad mencapai kemerdekaan. Ramai guru, doktor malahan anggota komando Malaysia dihantar untuk mendalami ilmu di Indonesia. Malahan syarikat minyak gergasi Petronas turut berguru dari Pertamina di awal penubuhannya. Namun takdir Allah menentukan Malaysia yang banyak berguru dari Indonesia satu ketika dahulu kini dilihat lebih terkehadapan dari Indonesia dari banyak segi. Adat orang menuntut ilmu tidak akan sekali-kali melupakan gurunya biar setinggi mana kejayaan dikecapi.

    Satu fakta yang mungkin tidak kita sedari. Lebih seratus ribu rakyat Sumatera terkorban kerana menyelamatkan saudaranya di Semenanjung Malaysia dari bencana tsunami satu ketika dahulu. Kedengarannya sinis, namun dapatkah anda bayangkan jika Pulau Sumatera tidak ujud. Siapakah yang akan dilanda gelombang tsunami jika tidak rakyat Perlis hingga ke Johor yang tinggal berhampiran pantai. Jadi hakikatnya seolah olah saudara2 kita di Sumatera telah berkorban nyawa dan rela menjadi perisai melindungi saudara2nya di sini. Justeru, wajiblah kita membantu mereka tika menghadapi bencana itu.

    Tambahan pula, saya tidak nampak satu alasan pun untuk membuatkan kita begitu emosional dan membalas caci maki mereka. Malaysia telah dikurniakan segala-galanya. Keamanan, kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan bebas dari bencana alam. Berbeza dengan Indonesia, mereka mempunyai banyak sebab untuk begitu emosional atau cemburu kepada Malaysia.

    Marilah kita mendoakan agar saudara2 kita bangsa Indonesia dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang masa. Allah selamatkanlah Malaysia-Indonesia. Amin…

    Reply

  12. minta maafNo Gravatar says:

    saya org sarawak…orang kenyah…kenyah dari mana?dari indonesia juga…kalimantan..pulau borneo ada 2 negara..rakyat di pulau itu x pernah bermusuhan..ikut media massa,malaysia sentiasa mengalah dengan indonesia kerana tidak mau hubungan makin hancur..puji malaysia..tetapi harus diingatkan..warga indonesia yang baik2 sifatnya adalah lebih banyak daripada warga malaysia yg baik sifatnya..

    Reply

  13. CintaindonesiaNo Gravatar says:

    Saya org Indonesia yang sangat cinta Indonesia….
    Tapi tidak dengan malingsia ….
    malaysia Negara pencuri…

    Reply

Leave a Reply