Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Antara Mak dan Pasangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya menerima satu emel mengenai perbandingan antara emak dan pasangan yang dijadikan dalam bentuk madah.. Memang menarik kerana banyak perkara yang tersirat yang selalunya berlaku pada kita.
Photobucket
Tak tau siapa penulisnya tapi tahniah kerana mampu memberikan sedikit keinsafan kepada pembaca. Tak banyak sikit pun oklah.

Bila seronok, aku cari….pasanganku
-Bila sedih, aku cari….Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat…..Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
-Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila… aku nak talipon Mak
-Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-”Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
-Berderai air mata jika kita mendengarnya.. …….
-Tapi kalau Mak sudah tiada……. …
-MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup…… membersihkan najis ibunya…… .
-berapa ramai yang sanggup….. .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Bila baca terasa betapa kita kadang-kadang selalu mengabaikan wanita yang mengendong kita selama 9 bulan. Menyusukan kita semasa bayi. Dan mempertahankan kita semasa hidupnya. Tapi biasanya kita melebihkan pasangan yang belum tentu menjadi hak kita.
. Wallahualam..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 31
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

12 comments to Antara Mak dan Pasangan

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>