Antara Majlis Daerah dan Pejabat Daerah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Saja je nak beri sedikit info mengenai majlis daerah/perbandaran/bandaraya dan pejabat daerah tanah.. Kebanyakan dari kita keliru antara fungsi majlis daerah dan pejabat daerah tanah.. Jadi sedikit sebanyak maklumat akan saya kongsikan samada melalui maklumat di internet dan juga pengalaman bertugas di jabatan Kerajaan Negeri.. Sebelum itu, majlis daerah/perbandaran/bandaraya dikategorikan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.. Rasanya mungkin anda tahu.. Kalau tak tahu inilah maksudnya Pihak Berkuasa Tempatan atau singkatan PBT..

Mula-mula kita semak di wikipedia definisi PBT

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khas di Malaysia ialah satu badan khas yang diberi peranan mentadbir satu kawasan khas sebagai kerajaan tempatan. Kawasan tersebut biasanya adalah sebuah kawasan penempatan baru yang dirancang yang tidak sesuai untuk diklasifikasikan sebagai Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Berikut disenaraikan PBT khas tersebut.

* Lembaga Bandaran Johor Tengah
* Lembaga Kemajuan Bintulu
* Lembaga Pembangunan Tioman
* Perbadanan Labuan – sejak 1 Julai 2001
* Perbadanan Putrajaya
* Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang – badan khas di bawah Perbadanan Johor.
* PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim

Agak malang tak jumpa maklumat bagi Pejabat Daerah dan Tanah di pakcik google..

Dalam artikel kali ini saya akan fokus kepada kekeliruan yang sering berlaku antara PBT dan Pej Daerah.. Antaranya ialah :-

1. Lokasi. Kadang-kadang ramai yang terkeliru antara majlis dan pejabat daerah. Untuk makluman, kebiasaannya pusat pentadbiran dua pejabat ini biasanya berbeza… Jadi perlu menyemak terlebih dahulu sebelum pergi .
2. Cukai.. Ini selalu juga berlaku kekeliruan antara cukai tanah dan cukai pintu. Cukai tanah anda perlu ke pejabat daerah dan tanah manakala cukai pintu ke Majlis. Sekarang ni dah ada beberapa PBT dan pejabat daerah yang menggunakan kaedah online. Mungkin ini sedikit sebanyak memudahkan pengguna. Kesilapan boleh di semak melalui sistem sendiri..
3. Pemilik tanah/harta.. Kebiasaannya harta milik komersial adalah datang dari Majlis tapi mungkin ada yang milik pejabat daerah.. Kena semak dahulu statusnya..
4. Bayaran rumah awam. Tak tau negeri lain tapi banyak kes orang awam yang datang ke Majlis untuk hal-hal berkaitan rumah awam.

Okay rasanya cukup setakat ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat merungkai beberapa kekeliruan anda antara Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya dan Pejabat Daerah..

Laman Web untuk rujukan anda
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Jabatan Kerajaan Tempatan

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :580
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

One Response to “Antara Majlis Daerah dan Pejabat Daerah”

  1. ku ENo Gravatar says:

    you have been tagged! more details in my latest blog post :~)

    Reply

Leave a Reply