Antara Keluarga, kawan dan kekasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Source :- UCLA Magazine
Hari ni ada bermacam perasan di dalam kepala. Konflik dalaman yang masih belum mampu diuraikan. Biasalah kehidupan, ada suka dan duka namun komitmen blog perlu diteruskan.

Untuk artikel kali ini saya tidak akan menulis panjang sebaliknya ingin mendapatkan sedikit sebanyak pandangan dari anda semua tentang sejauh mana pentingnya keluarga, kawan dan kekasih. Yang mana dilebihkan dan yang dikurangkan. Saya yakin ramai yang akan memberikan jawapan biasa iaitu ‘keluarga diutamakan’. Tapi sejauh mana kebenarannya? Ramai yang lebih mempercayai kata nasihat kawan-kawan yang kadangkala lebih ramai yang menjahanamkan berbanding membantu. Minta maaf, saya bukan skeptikal, saya percaya ramai rakan-rakan saya samada di alam realiti dan alam maya yang cukup baik. Tetapi kawan tetap kawan, ada batasnya berbanding keluarga akan dibawa sampai ke liang lahat. Tapi kebanyakan dari kita tidak sedar. Melebihkan orang lain dahulu berbanding keluarga sendiri.

Apa pendapat anda?? Cerita-ceritakanlah..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2503
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Antara Keluarga, kawan dan kekasih”

  1. FaiNo Gravatar says:

    “Antara Keluarga, Kawan & Kekasih mana lagi penting?”

    Saya akan bertegas menjawab “Keluarga” lebih penting! Sebab saya pernah hadapi dan pernah alami masalah ni sampai skrg saya rasa menyesal kerana tidak mementingkan keluarga suatu masa dahulu hingga tersesat jauh (bkn ajaran sesat)..

    Nak cerita rasanya panjang sgt.. Kesimpulannya, kita boleh cari ramai kawan lain dan boleh berganti kekasih.. Tapi mampukah kita gantikan famili kita terutamanya ibu bapa kita bila mereka dah tiada.. Masa tu cuma penyesalan je yg datang..

    -Dari org yg pernah menghadapinya- ;P

    PS: Kecualilah Kekasih tu dah bergelar isteri.. Huhuhu.. :lol:

    Reply

  2. megatNo Gravatar says:

    bg aku paling penting ialah keluarga. sama ada keluarga besar (ibubapa dan adik-beradik) dan keluarga kecil (isteri & anak-anak).

    kawan dan kekasih boleh cari kembali.

    Reply

    JHafizNo Gravatar Reply:

    Nice statement… kawan n kekasih blh dicari kembali. wlaupun pedih, n susah. kehilangan keluarga lebih pedih sebenarnya. semua kena seimbangkan, ikut prioriti. mesti lah family 1st, walaupun terkadang, keluarga dtinggalkan d belakang. Saya kurang jelas ttg keadaan penulis. dah beristeri, atau masih dibawah tanggungan mak ayah, so nak bg pendapat lebih2 pon, takut xkena dgn situasi..

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    Saya paling utamakan keluarga daripada kawan dan kekaih hati.
    selepas habis kerja terus balik rumah.anak-anak perlu perhatian orang tua mereka.walaupun sibuk sekali pun.tulis blog pun sibuk juga.tetapi twitter lagi membuat seseorang itu sibuk.

    Reply

  4. AfzaiAfandiNo Gravatar says:

    Pada aku…ketiga2 itu akan letakkan dalam hati aku.Ada ketika keluarga diutamakan…tapi dalam hal yang lain aku mungkin mengutamakan kawan2 rapat untuk berkongsi masalah dan sudah semestinya kekasih hati aku perlu diutamakan tatkala dia memerlukan aku.

    ketaatan seorang lelaki adalah kepada ibunya manakala ketaatan seorang isteri adalah kepada suaminya…

    wallahua’lam

    Reply

    Fatin PauziNo Gravatar Reply:

    Aku setuju dengan Afzai. Memang semua orang kata keluarga diutamakan. Dan statement aku ni tak bermakna aku nak menegakkan yang berlawanan. Tapi, kalau kita buka mata lebih luas lagi, ada keluarga yang tak macam keluarga lain. Nak huraikan sangat panjang. But, it’s really depends on circumstances.

    Reply

  5. lieyzaNo Gravatar says:

    antara isteri dan adik beradik..mana yang lebih penting??????

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tgk situasi..

    Reply

Leave a Reply