Antara Kegagalan dan Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya tinggal berapa hari saja lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita. Tahun 2009 bakal menjadi kenangan dan tahun 2010 akan menjadi taruhan untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Seperti biasa sudah pasti banyak coretan yang telah ditinggalkan, samada yang manis ataupun pahit perlu ditelan jua..

Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit kegagalan dan kejayaan yang dikecapi oleh saya. Mungkin ia akan menjadi panduan dan sempadan dalam menempuh kehidupan yang mencabar ini..

Rasanya lebih elok bercerita tentang kegagalan dahulu..

1. Kegagalan utama saya ialah meneruskan penternakan cacing. Saya tau ada sesetengah anda yang mengikuti blog ini disebabkan oleh keyword cacing tersebut. Setelah hampir 2 tahun mencubanya akhirnya saya mengaku kalah kerana tidak mampu memberikan komitmen jitu dalam bidang ini. Selain itu saya akui bahawa penternakan ini perlu dilakukan dalam skala besar. Dan bila skala besar risiko pasti besar. Nampaknya saya belum cukup kuat untuk menanggung risiko tersebut. Tapi tak mengapa, ianya sebagai pengalaman dan percubaan. Ye lah selama ini tak pernah mencuba dan kali ini cuba. Walaupun gagal tetapi kurang-kurangnya mempunyai keberanian untuk gagal. :)
2. Masih gagal mencapai angka 1,000 unik pengunjung sehari secara konsisten. Tetapi kadangkala mampu juga mendapatkan pembaca sebanyak itu terutamanya dari pengunjung sesat..
3. Gagal memikat burung. Setelah agak lama mencuba namun semakin lari pula ia.. Tapi tak mengapa banyak burung berterbangan yang boleh dipikat..
4. Beli tanah. Ha haha.. Kalau ikutkan memang ada azam nak beli tanah tahun ni.. Tapi kena review balik secara rasional. Walaupun terdapat tanah kampung tersusun di Melaka yang menawarkan harga berbaloi tapi kemampuan wang ringgit belum cukup kukuh lagi. Mungkin kena fikirkan sasaran yang lebih realistik lagi.
5. Beli laptop. Masih belum lagi mampu untuk mendapatkannya. Walaupun menyertai pertandingan Future Is HP namun tak berharap sangat menang sebab persaingan cukup sengit.

Sebenarnya ada lagi kegagalan tapi cukuplah kongsi 5 nanti orang pandai kita sebagai ‘loser’ plak. Selain dari kegagalan, terdapat juga beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan oleh saya. Mungkin tak segah orang lain tapi kira oklah juga :-

1. Lulus kursus kahwin .. peperiksaan perkhidmatan awam. Syukur ambil sekali je walaupun ada cam nak repeat je. Jadi insyaallah dalam beberapa bulan ni dapat tukar ke skim pencen dan dapat keluar duit KWSP.
2. Menghadiri seminar Rohaizad dan berjaya balik modal. Walaupun tempoh nak balik modal tu dalam 4-5 bulan selepas tu tapi jalan yang di tunjukkan telah mula terang. Insyaallah ada rezekinya nanti. Malahan melalui seminar tersebut saya telah menambah 3 dot com blog English.
3. Memiliki kenderaan sendiri. Kalau sebelum ini saya meminjam kereta Protong abang saya namun kali ini beli gak MyVi. Walaupun tak sehebat kereta-kereta orang lain tapi syukur sebab mampu membawa sehingga ke UMP Gambang, Pahang..
4. Upgrade PC, beli digital kamera Olympus FE 330, handphone SE S312. Sebenarnya takde lah pencapaian sangat tapi barang-barang ini lah yang akan membantu saya mencurah idea dan kreativiti di atas blog ni..

Alamak bila dicongak-congak nampaknya tahap kegagalan melebihi tahap kejayaan yang dimiliki oleh diri ini. Untuk tahun 2010 saya perlu bekerja keras untuk memastikan berjaya menjadi insan yang ‘cemerlang’, ‘gemilang’ dan ‘terbilang’. Insyaallah.. Doakan saya ya..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 346
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

16 Responses to “Antara Kegagalan dan Kejayaan”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    salam tahun baru 2010 dari islamabad!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    salam juga.. semoga ko lebih berjaya dan boleh belanja aku makan kat umbai bila balik nanti

    Reply

    KNizamNo Gravatar Reply:

    umbai sesak la zool. best lagi mee goreng basah din corner. hehe :)

    Reply

  2. Bb HussainNo Gravatar says:

    Yang gagal tak semestinya loser..Ia mungkin lebih baik sebab kita menjadikan kita kuat menghadapai lebih cabaran di masa akan datang..Anyway, Selamat Tahun Baru 2010..Dan selamat merealisasikan azam tahun depan.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    AMIN.. harap2 begitulah

    Reply

  3. blinkkyNo Gravatar says:

    Tak pe…Setiap kegagalan ada hikmahnya =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. kegagalan mendewasakan kita

    Reply

  4. en_meNo Gravatar says:

    ko hepi takks.. ehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kdg hepi kdg tak. biasalah hidup

    Reply

  5. beliamudaNo Gravatar says:

    kegagalan dan kejayaan… hmm..

    kena pk dulu la.. macam banyak gagal jugak rasanya.. -_-”

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kena listkan baru tau byk ke tak,

    Reply

  6. x-poNo Gravatar says:

    wah, nmpknya perancangan bro tu sentiasa ada..bagus2..akanku ikut jejak lgkah ko bro

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    perancangan mesti ada. cuma kadang2 pelaksanaan tak berapa berkesan

    Reply

  7. Jimmy MRR2No Gravatar says:

    Perniagaan cendawan x nak cube ke bro… sebab benda ni x mkn modal sgt saye rase.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    buat masa ni tak kot..
    biar tumpu kat blogging dulu

    Reply

  8. AzizulNo Gravatar says:

    bro, asb tu bikin OD, macam yang aku share kt blog aku. ada la duit utk invest. i would recommend emas, xyah pening paler.
    anyhow good luck in 2010. world cup dh dekat. yahooooo!!!

    Reply

Leave a Reply