BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » Blog » Antara Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau anda seorang blogger, mungkin mengenali 2 blogger ternama tempatan iaitu Eyriqazz dan Denaihati. Kedua-dua blogger ini mempunyai ramai pengikut yang membaca blog mereka. Dan sudah pastinya traffik blog mereka berdua ini lebih banyak dari traffik gabungan ligakampung.com, ohpemandu.com dan rear-wheel.com.

Nampaknya secara tiba-tiba bro Eyriqazz mendapat ilham untuk mengadakan peraduan Cabaran SEO Eyriqazz dan Denaihati. Walaupun jarang menyertai peraduan sebegini namun pada mimpi malam Jumaat yang lalu si Zool bertemu dengan seorang gadis cantik iras-iras Wawa Zainal yang mencadangkan supaya si Zool menyertai peraduan. Dalam mimpi tersebut beliau memberitahu sekiranya si Zool menang, beliau akan memberikan no telefon Hanis Zalikha kepada si ZOol… Jadi sahaya mata terbuka, si Zool terus membulatkan tekad dalam hati untuk mencuba nasib. Mana tau mimpi jadi kenyataan.. HEhehehe (*** jangan percaya ek.. Ini hanya mukadimah untuk menceriakan keadaan. Dan jangan juga percaya dengan mimpi. Kan ke mimpi tu mainan tidur.)

Berbalik kepada tajuk di atas. Setiap peraduan mesti ada syarat-syarat tertentu kan? Jadi kita baca dulu syarat-syaratnya

Syarat-syaratnya :

1. Buat satu entri bebas berkenaan keyword “Eyriqazz vs Denaihati” . Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Setiap bloggers boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
2. Linkkan entri tersebut ke entri ini.
3. Di akhir entri anda letak ayat ini ” Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com , Shakiddo.com , ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com , BloggerSentral.com , Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com,http://kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, dan PanduanServisBlog.Com
4. Cabaran Contest ini berlangsung sehingga 31 August 2012.
5. Tinggalkan permalink entri anda di http://www.eyriqazz.com/2012/06/cabaran-seo-eyriqazz-vs-denaihati.html

Dah baca syaratkan? Jadi bolehlah mulakan dengan entri antara eyriqazz vs denaihati ni.

Mula-mula kita tengok gambar kedua-dua pemilik blog tersebut tu dulu..

Gambar Tuan Eyriqazz

Gambar Tuan Mohd Ilham @ Tuan Hj. Amir Hassan , tokei Denaihati

Sumber Gambar dari Blog Mat Joe dan Akubiomed

Agak-agak anda mana yang lebih kacak antara eyriqazz dan denaihati ? Kalau ikutkan rasanya kedua-duanya kacak dan macho . Si Zool tak tau nak pilih mana paling kacak sebab ni bukan bidang si Zool untuk memilihnya. Memang tak pandai menilai kacak-kacak. Lain le kalau nak tanya pasal awek.. Bolehlah nilai sikit.. Hehehe.

Sebelum hilang lagi tujuan, berbalik kembali kepada tajuk diatas tentang Eyriqazz dan Denaihati secara point:-

1. Blog Eyriqazz
- Blog ini dengan jenama ‘Great Teacher Onizuka – My Ordinary Journey Teaching & Learning Flavour of Life ‘. Secara jujurnya, jenama ni tak boleh nak melekat kat kepala otak si Zool. Almaklumlah, dah berumur camne nak hafal perkataan panjang-panjang tu. Dah le tu dalam English lagi le tak masuk… Harap beliau boleh pendekkan jenama beliau tu…
- Blog Eyriqazz ni banyak kisah-kisah kehidupan seharian yang digarap mengikut cara tersendiri. Beliau ni agak rajin berjalan-jalan dan menyertai perjumpaan antara blogger. Sedikit sebanyak bait-bait tulisan berkisar tentang cerita-cerita aktiviti beliau.
2. Blog Denaihati
- Blog ini dengan jenama ‘ Hidup Untuk Memberi’ yang mudah diingati. Ditambah pula dengan kerajinan tuan blog yang memberi bermacam hadiah kepada pembacanya.
- Blog ini banyak berkisar tentang hal semasa dan SEO. Cuma kadang-kadang ada ditunjukkan tentang aktiviti beliau.

Secara perbandingannya, sememangnya saya memilih blog Denaihati sebagai pujaan kerana :-

1. Walaupun blog beliau makin hari makin popular namun pernah juga beliau mencoretkan komen di sekadar blog picisan, ligakampung.com. Jadi sedikit sebanyak dapat manfaatnya.
2. Sudah pasti blog Denaihati mempunyai traffik yang lebih tinggi dari Eyriqazz. Bayangkan, bukan sahaja pengunjung di Malaysia, denaihati juga dibaca oleh pengunjung dari Indonesia. Pasti hebat traffiknya. Itu tak kira lagi ranking Alexa yang cukup rendah.
3. Entri-entri Denaihati lebih banyak mempunyai maklumat-maklumat yang bermanfaat.
4. Dan tak lupa juga, Denaihati adalah peminat kelab Arsenal , sama cam si ZOol..

Okay cukuplah tu. Nak tau hadiah peraduan?

Hadiah yang diberi gempak-gempak wooo.. Ni dia :-

1st Prize – RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125×125 sebulan di blog cik tom)
2nd Prize – RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
3rd Prize – RM200 cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize – RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize – RM50 Cash each
** Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci “Eyriqazz vs Denaihati” yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012.

Entri Pilihan terbaik – RM100 Cash + iklan banner saiz 125×125 sebulan di blog cik tom)

** setakat 27 Jun 2012. Dengarnya akan bertambah kalau dapat peruntukan banyak tu..

Agak-agak si ZOol boleh menang tak?? Memang agak sukar tapi tak kisahlah. Janji dapat sikit backlink, tambah sikit traffik pun jadilah.. Tak gitu?

Sekian

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1255

25 thoughts on “Antara Eyriqazz vs Denaihati

  1. ManNo Gravatar says:

    semoga berjaya.. harap sempat lagi untuk join contest ni.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Lama lagi contest ni.. tapi kalau tunggu punya tunggu memang saya tak join..
    tu yg terus layan je.

    Reply

  2. eyriqazzNo Gravatar says:

    Thanks bro join..Hihihi..of course anak murid kalah ngan sifu….

    Siapa lebih kacak?Zool lebih kacak dari kami berdua rasanya

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    anak murid pun lama2 boleh sailang sifu tu..
    si Zool kacak?? Adakah ini benar-benar ikhlas????
    Tapi kacak2 pun sorang sampai sekarang pun tak guna gak.. T__T

    Reply

    eyriqazzNo Gravatar Reply:

    hik3..bro memilih sangat ni..tuh yang ramai larikk….kawan saya yang saya tolong entri single dan available pun dah ada yang berminat…heehehehe

    Reply

  3. JuanNo Gravatar says:

    saya baru jer join semalam

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oklah tu. sama2 memeriahkan lagi industri blog

    Reply

  4. MalaysianCareerJobsNo Gravatar says:

    Good Luck bro….otai underground rase nye ni.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sapa otai underground tu?

    Reply

  5. titanNo Gravatar says:

    hoho..dah bertambah dah hadiahnya..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hadiah semakin bertambah tu…
    tu yg nak cuba nasib..

    Reply

  6. DenaihatiNo Gravatar says:

    good luck bro untuk cabaran ni, sampai mimpi2 yer…hee

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq.. aaa.. mimpi nak masuk contest.. tu tanda nak dapat duit kot. hahaha

    Reply

    Jebeng Otai™No Gravatar Reply:

    hehe..mungkin juga.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Amin..

  7. Antara Eyriqazz vs Denaihati | Blog Zool Ligakampung. says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Antara Eyriqazz vs Denaihati | Blog Zool Ligakampung. [...]

  8. wandisiniNo Gravatar says:

    selamat bersaing. semoga menang

    Reply

  9. zulsNo Gravatar says:

    good luck bro! Semoga berjaya! :D

    Reply

  10. JuanNo Gravatar says:

    selamat maju jaya

    Reply

  11. azydyNo Gravatar says:

    good luck bro..saya pun dah join..dah baca entri saya..

    Reply

  12. wazyNo Gravatar says:

    Semoga berjaya bro,mantap entri ni

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mantap ke ? Main bantai je adalah

    Reply

  13. ProfHarizNo Gravatar says:

    Bestnya andai menang. RM500 tu beb

    Reply

  14. Ezad SkytechNo Gravatar says:

    semoga berjaya utk contest SEO ni..Eyriqazz VS Denaihati..dua2 blogger hebat kan…:D

    Reply

  15. ProfHarizNo Gravatar says:

    Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati Blogger Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Hanya berbaki 10 hari sahaja untuk 10 September 2012. Selamat Maju Jaya PH ucapkan :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge