Antara Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk entri kali ini saya menulis mengenai ‘ antara dulu dan sekarang’ , mengambil inspirasi dari tajuk persembahan Raja Lawak minggu keempat. Rasanya tajuk ini biasa ditulis oleh mana-mana blogger sekalipun. Walaubagaimanapun sudah pasti cara masing-masing berbeza.
Berbalik kepada topik tentang antara dulu dan sekarang memang banyak perbezaannya. Antara tahun 1990 dan 2000 an banyak sekali perubahan samada dari segi pembangunan, sosio ekonomi dan sosial. Untuk entri ini, saya akan membincangkan beberapa perubahan yang sedikit sebanyak terkesan di hati ini..

1. Zaman berubah dan kata ganti diri juga berevolusi. Jika zaman Hang Tuah, kata ganti diri ‘tuan hamba, hamba’ menjadi tutur kata ianya tidak lagi digunakan.
Kalau pada zaman si Zool muda-muda ayat ‘gua lu’ , ‘gua caya lu’, ‘rileklah brader’ sering menjadi ayat popular masa dulu tapi zaman millenium kini telah berubah.. ‘ Rileklah bro’, ‘apa cer’ menjadi ayat baru.. Kalau zaman sekarang, ‘bro’ tahun 2070 agaknya apa kata ganti diri yang digunakan? Kalau nak tau tengoklah Raja Lawak persembahan kumpulan Mamu ye..
2. Cara gelak pun turut berubah mengikut zaman sekarang. Zaman dulu-dulu ketawa berbunyi untuk ketawa besar ‘ha ha ha’, ketawa kecil ‘hi hi hi’ tapi sekarang ni bermacam jenis ketawa dan susah nak kenal. Contohnya , ‘huhuhuhuhuhu’ , lol, :D , dan baru-baru ni terjumpa satu lagi ketawa jenis baru ‘miahaha’ (sikit punya susah nak ketawa da..).
3. Dulu layan chatting pakai MiRC guna nick yang agak menarik dan tiada kaitan dengan diri cam ‘ pencinta sejati’, ‘jejaka sepi’, ‘dara sunyi’ tapi sekarang sudah terbuka. Letak gambar seksi seksa kat facebook untuk cari pasangan tu… Ada pula tu sanggup tempah tukang ambil gambar yang terer semata-mata untuk di upload dalam laman sosial. Yang lagi ekstrem siap pakai mak andam tu.. Tak koser den ..
4. Kalau zaman dulu, bebudak kampung lepak simpang sambil main gitar. Sambil melalak mengurat minah kilang balik keje tapi sekarang dah tak perlu tu semua.. Main gitar kat youtube je sambil ngurat awek guna skype, ym.. Kalau suara sedap takpelah juga, ini suara si Zool layan karaoke pun lagi best.
5. Kalau dulu ‘cikaro (perempuan)’ cukup takut nak nyanyi masa memasak. Kononnya nanti dapat jodoh orang tua tapi sekarang ni pedehal.. Lagi tua lagi disuka, lebih-lebih lagi Datuk-datuk.. Tak kisahlah muka berkedut seribu janji poket penuh duit… Mana nak layan pakwe cikai, yang setakat layan moto LG je. Macam Adnan Sempit je… Ha haha ha..
6. Sempat tambah sikit.. Kalau zaman si Zool dulu gadis-gadis digelar awek, yang terbaru ‘cikaro’ ( pengaruh Adnan Sempit le ni.. ) ha aha
7.Dan akhir sekali antara Zool Dulu dan Sekarang.. Perhatikan saja gambar di bawah ye..

Photobucket
Masa kecil-kecil ketika berumur sebaya dengan Nohara Shin Chan. Masih comel dan dalam usia kecil telah menjadi model untuk baju Adidas.. He hehe..

Photobucket
Masih berlagak ala-ala model. Kali ni umur baru nak ke 20 an.. Kononnya nak menjadi model baju sekolah Bee Loon tapi kena ‘reject’ sebab tak cukup tinggi. Diskriminasi betul..

Photobucket
Setelah umur menginjak ke penghujung 20-an akhirnya berjaya menjadi model. Model pertunjukan ular.. Oklah tu..

Ops jangan anda mempercayai dakyah ni ye.. Tipu je ni..

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin anda ada cerita yang lebih menarik untuk ditambahkan. Silakan..

p/s :- Ayat-ayat di atas semuanya adalah dari imaginasi si Zool. Ianya tiada kaitan dengan yang mati dah hidup.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1856
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Antara Dulu dan Sekarang”

  1. NoorAfzanNo Gravatar says:

    muka dak2 nakal time skolah..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nakal ke??

    Reply

  2. soyuzNo Gravatar says:

    anak murid aku ada sorang gaya mcm gambor kedua tuh…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    gaya aper cikgu yus????
    rupa dia cam aku ke??
    ke perangai cam aku???

    Reply

  3. deusXmachinaNo Gravatar says:

    Ada gelak baru ko tak tau bro
    camni

    erk888
    cube ko try
    erk888

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang aku tak tau..

    amende ketawa cam tu la..

    Reply

  4. KujieNo Gravatar says:

    dulu dan sekarang – tunggul kayu pun berubah apa lagi kita benda hidup , kan

    tapi comel lah masa kecik tu..

    dulu orang berebut2 nak cium..sekarang awak le pula nak cium orang..hahaha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhuh.. mendalam maknanya tu kak jie

    Reply

  5. matjoeNo Gravatar says:

    seriyes lawaks. part model adidas yg tak tahan tu. kiut abis

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. dulu memang kiut.. sekarang kusut..

    Reply

  6. miss lollyNo Gravatar says:

    erK*

    terasa lak bab2 gelak tu MIAHAHAHAHHAHA

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ops.. terasa ke..
    jgn marah ye.. gurau2 je..
    sebab ramai gak yang gelak miahaha cam miss lolly tu ..
    tu yg rasa cam trend muda mudi masa kini. betulkan??

    Reply

Leave a Reply