Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mungkin tajuk kali ini agak berlainan sedikit dari biasa. Ye lah sebelum ni asyik cerita pasal makanan, minuman, binatang-binatang . Terlalu stereotaip pulakan. Nampak sangat yang hidup si Zool ni berkisar dengan benda-benda tu je. Jadi sesekali tukar ‘tune’ plak.

Kalau diperhatikan tajuk diatas, ianya seperti tajuk filem lakonan P Ramle dan Saadiah dulu-dulu. Tau macammana jalan cerita dia? Sebab tajuk artikel ini ada sikit-sikit iras cerita tersebut. Elok kalau tengok cerita tersebut. Tak pun boleh tanya pakar-pakar filem veteran cam Kak Jie , tapi jangan tanya dengan Khai pula.. Dia pakar filem new skool.. Huhuhuhu. Jangan marah ye..
Bagi yang telah menyaksikan cerita ‘Antara Dua Darjat’ mungkin tau tentang intipati cerita di mana berlakunya penentangan antara percintaan golongan bangsawan dan golongan bawahan. Adakah perkara itu berlaku lagi pada masa kini? Sudah pasti berlaku malahan ianya ditambah dengan kriteria-kriteria tambahan.Jika dahulunya darjat lebih kepada ‘darah keluarga’ kini ditambah lagi dengan ‘tahap pasangan’. Mesti tak paham kan. Antaranya ialah :-
1. Tahap pelajaran. Contohnya kalau seorang wanita tu memiliki PHD maka sukar bagi keluarganya untuk menerima pasangan yang setakat SPM atau PMR. Kononnya tahap pendidikan tak setaraf..
2. Jawatan. Kadang-kadang sukar untuk diterima kalau yang bakal ketua keluarganya rendah jawatan berbanding si isteri. Almaklumlah ibubapa tak mau nanti jadi kes anaknya menanggung suaminya..
Ye lah anak pangkat pengarah, suami pangkat opis boy.. Jatuhlah standard kononnya.
3. Tahap kekayaan. Apa taknya. Anaknya memiliki harta yang banyak.Pakai kereta Buggati Veyron sedangkan bakal menantu hanya pakai motosikal EX5.
4. Populariti. Takkan seorang yang terkenal dan dikenali ramai nak dipasangkan dengan driver bas. Itu kebiasaan pandangan ibubapa.
Okay cukuplah setakat ini. Mungkin ramai yang memberikan ulasan ‘ Ala yang nak kawin tu bukan mak bapa dia’, tapi mendapat berkat ibubapa tu penting . Kadang-kadang rumah tangga boleh binasa tanpa berkat mereka.. Betul tak ?? Diharap pakar-pakar (termasuk pakarhowto) dapat memberikan maklumbalas, mungkin dapat jadi panduan kepada mereka dan keluarga mereka..
p/s :- Konon-konon nak tulis artikel mantop kasi menusuk kalbu tapi sekali otak ‘blur lah. Kira oklah ni..
RSS Feed
Twitter



September 28th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


ghitewww..
Reply
kalau dah jodoh…
Reply
zool
Reply:
September 28th, 2009 at 09:13
kalau dah jodoh tak kemana ye..
Reply
Amboi, jauh beno bandingannya, Veyron tu boleh pi 407Km/J.
Reply
zool
Reply:
September 28th, 2009 at 17:54
ha haha.. ni kiasan je.. terpulanglah nak bandingkan ngan apa..
Reply
Salam bro zool,
Masih nak ucap selamat menyambut aidilfitri lagi..:) moga bro sihat2 ye..emm, benda ni rasanya akan tetap ada sampai bila2. Tak perlu salahkan ibu bapa, cuba pula kita bayangkan mempunyai seorang anak gadis yang telah dewasa. Yang kita berikan kasih sayang sejak kecil, duit belajar yang mencecah puluhan ribu untuk dia mencari ilmu belajar.
Kemudian beliau perkenalkan kita dengan seorang pemuda pilihannya yang pada pandangan kita masih belum bersedia nak kahwin. Baju dan rambut tak terurus, pekerjaan tak tetap, style baju dan rambut bewarna kuning macam remaja belasan tahun. Takkan kita nak pertaruhkan masa depan anak kita kat tangan orang camtu..:) itulah yang mereka fikirkan..
Kekadang orang sekarang tak kisah sangat pasal taraf tapi lebih kepada security
sebab tu orang yang lebih baik akhlak dan agamanya lebih disenangi dan mudah diterima orang ramai biarpun tak kaya hartanya..:)
Reply
zool
Reply:
September 28th, 2009 at 17:58
hm.. kalau teruk sgt memanglah takut nak lepaskan anak kat org tu,,
tapi kadangkala perlu lebih terbuka.. aku ada dengo kes ‘ bapa tak suka bakal menantu sebab SPM n anak master. Menantu kontraktor.. Last2 anak menantu yang disangka hantu yang paling baik.. ‘
Kenalah nilaikan.. Betul tak??
orang sekarang tak kisah pasal taraf?? he hehe.. mungkin ada segelintir yang masih menilai taraf..
Reply
Phd? tak apa boleh ambil sekali.nak kahwin esok juga
pergi sambung belajar.hehehe…….
Reply
berbaik sangka selalu. Jadikan apa juga sumbangan terhadap kehidupan rumahtangga sebagai satu ibadah. Memberi dan menerima seadanya.
Reply
Info yang menarik, perbezaan yang biasa lihat.
Reply