LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Andrei Kanchelskis bakal latih pasukan kelab Liga Malaysia ?

Andrei Kanchelskis merupakan bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United. Baru-baru ini beliau menyatakan kesediaan untuk melatih pasukan Liga Malaysia sekira mendapat tawaran bersesuaian.
Bekas pemain tengah kebangsaan Russia itu yang ketika ini mengendalikan akademi bola sepak di negaranya itu berada di Malaysia atas jemputan seorang kenalan.

Dia juga kini adalah Naib Pengerusi World Charitable Foundation yang berpangkalan di London, yayasan itu dalam proses mengumpul dana untuk pemain bola sepak yang maut dalam nahas pesawat udara.

 

“Ini kali kedua saya datang ke Malaysia. Negara anda cantik, aman dan damai,” katanya selepas sesi berkenalan dengan pemain Liga Super dan Piala Presiden Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC.

Kanchelskis, 49, juga sempat menurunkan tanda tangannya di jersi lama MU milik beberapa orang peminat yang hadir.

Program itu adalah kerjasama antara PKNP FC dengan syarikat Skyhawk Apperals.

Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0

One thought on “Andrei Kanchelskis bakal latih pasukan kelab Liga Malaysia ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)