Layan Survey pun boleh dapat duit.. Jom le join apa pk lagi
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tajuk di atas bukanlah formula matematik yang diperkenalkan oleh genius matematik negara Adeputra.. Dan ianya juga bukan algoritma saintifik ciptaan Profesor Klon ..

Kepada yang membaca suratkhabar Harian Metro bertarikh 18 November 2008 m/s 30 pasti akan dapat menangkap formula yang saya kemukakan seperti diatas…
Berikut sedikit petikan artikel berkenaan :-

” London : Lebih 50 peratus penduduk Britain berpendapat kanak-kanak di negara itu sudah mula bersikap seperti haiwan dan percaya mereka kini semakin berbahaya kepada orang dewasa mahupun sesama usia.. ”
bla..bla…bla..
Kajiselidik Barnardo mendapati, 49 peratus daripada 2,021 responden berpendapat golongan muda kini berbahaya terhadap golongan dewasa manakala 43 peratus berkata, sesuatu perlu dilakukan untuk melindungi mereka daripada golongan muda.
Kaji selidik itu turut mendapati 54 peratus percaya sikap golongan muda kini semakin mirip haiwan dan 45 peratus pula percaya masyarakat menyamakan kanak-kanak dengan haiwan kerana sikap mereka sendiri “

Sebenarnya ketika membaca artikel ini, saya sedang menonton berita TV9 dan secara kebetulan ianya memaparkan kesalahan 2 orang budak berumur 14 tahun atas kesalahan jenayah merogol orang OKU yang sedang menghadapi tindakan mahkamah.. Bayangkan dalam umur sebegitu muda telah berani melakukan kerja jenayah tersebut.. Dan banyak lagi kes-kes yang dilakukan oleh mereka-mereka ini.. Siapa salah?? Tepuk dada tanya selera..

Cuma dari segi menyamakan mereka dengan haiwan mungkin rasanya tidak sesuai.. Ini kerana mereka dicorakkan oleh mereka-mereka yang dikurniakan akal.. Berbeza sekali dengan haiwan-haiwan tersebut yang hanya menjalani kehidupan dengan nafsu.. Mungkin disebabkan oleh ketakutan yang menyebabkan mereka membuat persamaan seperti itu.. Wallahualam..

Anak anda ke ni??

Tags: , ,

21 Responses to “Anak = haiwan ?”

  1. kitalah yang mencorakkan kanak2 kan
    so salah kitalah jugak. hehe :)

    [Reply]

  2. kalau anak berok tak kan parents nye orang kan?

    [Reply]

  3. perumpamaan paling jelas. anak mereka jadi macam, bukankah mak bapa nya pun haiwan!?

    amat mengerikan, dunia kini sedang menghadapi ancaman seperti ini. klu difikirkan secara menyeluruh, ia bukan terletak pada tanggungjawab ibu bapa sahaja tetapi kena fikirkan kepada keadaan sekeliling kita juga.

    [Reply]

  4. Anak sering diibaratkan sehelai kain putih…Pencoraknya ialah ibu bapa maupun orang yang lebih dewasa daripada mereka.Jadi jika anak = haiwan…apakah kita juga sama dengan haiwan?Fiki-fikirkan dan bertanyalah pada minda..

    [Reply]

  5. mcm2 la budak2 zaman skang..
    merbahaya..

    [Reply]

  6. Wah, berita dalam metro semalam ni. :)

    Ada lagi satu berita mengenai survey di Amerika, mereka percaya ada pihak di Hollywood yang merancang untuk mengasingkan agama dalam hidup mereka. Malangnya, hiburan di negara kita berkiblatkan mereka…

    [Reply]

  7. Pendidikan awal bermula dari rumah… masalah pada seorang kanak-kanak yang meningkat remaja berakar umbi daripada apa yang mereka dapati di rumah. Semua yang dizahirkan mereka bertitik tolak dari luahan serta ekpresi ‘jiwa kacau’.

    Setiap perbuatan ibu bapa menjadi warisan, setiap perkara yang terlepas pandang oleh ibu bapa, dijadikan amalan.

    Wang berjuta tidak dapat menjamin kesejahteraan hidup dunia akhirat.

    “Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.. ia tak dapat dijual beli…”

    [Reply]

  8. melentur buluh biarlah dari rebungnya dan guru kencing berdiri, murid kencing berlari..so jangan la tunjukkan contoh2 yg x baik kat genersi muda kerana mereka belajar pasal dunia ni dari kita

    [Reply]

  9. Hai….xbes2 kes bebudak skang nie. Tapi….bnda2 cmni biasanya perlu didikan yang betul dalam rumah. baru jadi produk yang bik bila kuar nnti…..

    [Reply]

  10. Makin maju manusia tu makin terbentanglah sifat haiwannya..

    [Reply]

  11. ibu bapa yg mencorakkan kanak2..
    mungkin mereka kurang kasih sayang~

    [Reply]

  12. kalo bab ni mmg subjektif..
    pasal zaman dulu, kita kurang dipengaruhi persekitaran yang canggih..
    tambahan pulak kita masing2 mengejar impian yang tak bernoktah..
    apapun..semua pihak perlu amek skit peranan dalam membentuk generasi kita..tanpa perlu prejudis..

    [Reply]

  13. KNizam –> ye kot…
    shaxx –> dalam maknanya tu tak terjangkau akal pikiran.
    megat –> tapi memang sekarang budak2 dah jadi gila.. umur belum akil baligh dah berani rogol anak dara orang..
    AASSHH –> hm.. jom fikir dan bertanya pada minda.. Er minda tu siapa??? Pakar sosiologi ke??
    callister –> memang bahaya.. tak cam dulu..
    emme –> memang berita metro ni.. Budaya Hedonisme telah berjaya diterapkan di negara kita..
    samdaddycool –> satu komen yang cukup bernas.. nanti aku datang merlimau dapatkan lebih tips.
    doku –> tu le pasal.. tapi bila ditegur melawan plak.lain sungguh budak sekarang.
    kampungboy –> camne nak baik kalau yang jaganya bibik yang tiada ilmu agama..
    mrozaidi –> nampaknya ko cam bersetuju dengan survey di atas..
    cikF~ –> tak tau nak komen.. ada mungkin betul dan tidak betul..
    kuri –> betul tu.. persekitaran yang terlalu terbuka dan tidak terkawal.. inilah kononnya kebebasan yang diminta..

    [Reply]

  14. tak sesuai langsung.. panggil haiwan.. kalau camtu kita ni apa..
    hidung sama, mulut sama, tangan sama.. kaki sama.. tapi dia haiwan,kita manusia..

    fikir2 lah sebelum menggelarkan.. kan.. menghina ciptaan-Nya tue.. betul dia salah, so kita kena bawak kepangkal bukan mengata lagi…

    [Reply]

  15. Hi Zool,
    Dlm Al-Qur’an ada disebut, orq2 yg ada mata tp x mau melihat, ada telinga tp x mau mendengar tu umpama haiwan ternak, malah lebih teruk lagi.

    Mereka ni bukan lah haiwan tp MACAM HAIWAN. Org Melayu kata ‘jahat macam hantu’.

    Kenapa mereka jadi begitu?

    [Reply]

  16. Selain dari cara kita mendidik anak2, beberapa faktor lain turut menyumbang kepada tingkah laku anak2 kita.

    Satu daripadanya adalah pemakanan. Mengambil contoh “ayam”. Kanak2 hari ini suka akan makanan segera dan semestinya yang berasaskan ayam. Ayam yg ada hari ini secara totalnya disuntik hormon tumbesaran dan secara tempiasnya hormon itu akan memasuki ke dalam sistem badan anak2 kita. Disebabkan hormon tersebut, anak2 hari ini ada yang baru mencapai usia 8 tahun tetapi telah didatangi “haid”. Ini menjadikan kanak2 hari ini matang pada usia yang tidak sepatutnya matang…so kesannya, apa yang ada pada hari ini.

    Ayam tu juga, adalah ayam tension. maksud aku disogok makan siang malam utk cepat membesar. Tempiasnya juga….anak2 hari ini menjadi cepat tension dan mampu bertindak di luar kawalan umurnya.

    So…sebagai ibu bapa, tugas mendidik anak2 bukanlah semudah dahulu. Banyak ilmu yang perlu kita pelajari untuk menghadapi karenah dan perasaan ingin tahu yang ada dalam hati mereka.

    [Reply]

  17. Assalamualaikum… inilah yang dikatakan akhir zaman. Ramai yang masih tak sedar @ buat2 tak sedar. Dlm hadis bnyk di sebut tentang tanda2 akhir zaman dan ini adalah satu daripd-Nya.

    Apa yang perlu dilakukan……..didik anak dgn secukupnya ilmu agama, pakaian pun kenalah cara orang Islam…insyaAllah.

    [Reply]

  18. URGENT !! Malacca Bloggers ! come here :) http://malaccabloggers.blogspot.com/

    [Reply]

  19. dunia semakin rosak..
    ape yang kita leh wat?

    [Reply]

  20. erm….bila ko citer sal haiwan nie tingat dulu tok aku ckp…bg baby minum susu lembu….nti besar jd mcm lembu la….betul ckp tok aku, bila aku tgk2 blk ek….anak2 cousin aku minum susu tepung…dorg jd mcm degil tau,xnak dgr ckp…..

    [Reply]

  21. Ni yg duk risau gak ni. Kecik2 kita bg pendidikan semua ckup. Tapi bile nk sekolah, bergaul ni bergaul tu. Pastu masuk U, lagi jauh dari parents. Mcmana la kita nk jag diorang ni

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>