Anak derhaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya dunia sekarang makin berubah.. Kalau dulu ibu bapa dihormati dan dijagai namun kini ianya tidak menjadi perkara yang diikuti lagi..Jika anda membaca satu artikel dalam Kosmo mungkin akan tersentuh seketika…

Berikut sedikit petikan dari berita tersebut :-

KANGAR – Sepasang suami isteri yang cacat penglihatan dan mempunyai anak berjawatan besar adalah antara sembilan yang ditahan dalam Ops Selamat yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sekitar bandar ini kelmarin.

Bla..bla.. bla

Mastura menambah, ada di antara pengemis yang ditahan itu dipercayai datang dari Pulau Pinang untuk mengemis di pasar-pasar malam di sini kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan.

“Kebanyakan mereka merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) warga emas dan kehadiran mereka diuruskan oleh pihak tertentu termasuk oleh anggota keluarga sendiri.

“Mereka yang ditahan telah diserah kepada waris-waris dan kaunseling kepada anggota keluarga yang menggunakan pengemis itu turut diadakan,” katanya.

Harian Metro pun ada cerita gak..

Tak sangka ada juga ahli keluarga yang mempergunakan warga emas ni untuk duit.. Tapi rasanya ia tidak mustahil memandangkan zaman materialistik kini menyebabkan institusi keluarga makin rosak .. Tiada sifat hormat pada ibubapa sebaliknya manusia kini lebih mengikut kerja dan harta .. Harap-harap kita tak seperti itu.. AMIN..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3920
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Anak derhaka”

  1. CallisterNo Gravatar says:

    kesiannya…
    jgn la sy bila dah senang nanti lupa mak bapak..

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    x patut la camtu kan

    Reply

  3. AASSHHNo Gravatar says:

    Kata orang seorang ibu atau bapa mampu menjaga sepuluh orang anak mereka tetapi belum tentu sepuluh orang anak itu boleh menjaga seorang ibu atau bapa mereka…

    Reply

  4. nonoNo Gravatar says:

    …tu la pasal bila bertuankan harta semata-mata. tak suka keadaan telampau materialistik nie. kita tak rs bahagia pun, malah jiwa makin kosong.

    Reply

  5. titanNo Gravatar says:

    ehm..susah nak cakap. Apapun, kalau aku jumpa pakcik makcik yg meminta sedekah atau sesiapa sahaja yang membawa meminta derma, aku hulurkan sahaja apa yang mampu. Mungkin haritu rezeki diorang. Aku yakin, diorang pun tak mintak jadi begitu..

    Reply

  6. Ollie HawkinNo Gravatar says:

    Thank you for for this great post. I’m always on the look out for content and was lucky to find you on Google I will surely be back againg to see what other great content you post.

    Reply

Leave a Reply