LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Amalan 5S yang patut dipraktikkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Adakah anda semua tahu mengenai 5S? Ianya merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh orang Jepun bagi mensistematikkan persekitaran terutamanya di tempat kerja. Ianya berasal dari 5 perkataan yang bermula dengan huruf S iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik. Kalau dalam English 5S adalah ‘ Sort, Stabilize, Shine, Standardize and Sustain’. Bahasa lain tak rajin nak cari ye..
5S POSTER

Bercerita tentang 5S ni di pejabat Jabatan Ketua Menteri sedang sibuk melakukan gotong royong bagi melaksanakannya. Sememangnya ia memberikan kebaikan dalam persekitaran pejabat. Berikut merupakan amalan 5S yang patut dipraktikkan bukan hanya dipejabat tetapi mungkin di rumah juga di rumah… 🙂

1. Sisih (Seiri) – Kaedah ini bermaksud mengasingkan barangan yang perlu dan tidak perlu. Ini bagi mengelakkan lambakan bahan-bahan yang tidak digunakan. Ia akan mengakibatkan kehilangan ruang-ruang disebabkan banyak bahan-bahan tidak digunakan. Kaedah ini boleh digunakan di rumah atau bilik. Cubalah sesekali anda tengok laci atau kabinet.. Tengok surat-surat atau kertas-kertas yang tidak digunakan. Surat-surat cinta dari x-awek/pakwe bolehlah dibuang. Bagi yang telah berumahtangga, surat x tersebut perlu disimpan ditempat tertutup yang tidak boleh dicerobohi pasangan anda.. Tapi rasanya elok dibuang saja..

Panduan Dekorasi yang Menjimatkan

Berbalik kepada proses pengasingan, anda perlu memastikan ianya disimpan di tempat sesuai.. Jangan pula letak sikat rambut dekat rak pinggan mangkuk. Masak nak cari nanti..

2. Susun (Seiton) -Setelah barang-barang keperluan diasingkan, proses susun perlu dilakukan. Memang proses ini memerlukan tahap kerajinan yang tinggi sebab bukan setakat susun barang je tetapi perlu melabelkannya. Sebagai contoh kalau anda meletak kunci kenderaan anda di satu ruang khas, pastikan terdapat label kunci bagi mengelakkan kekeliruan.

5s

3. Sapu (Seiton) – Dalam proses ini anda perlu membersihkan persekitaran dari kekotoran. Tak kira samada anda menggunakan penyapu lidi, vacum dan sebagainya.. Yang pasti tiada habuk, debu dan kekotoran bagi memberikan udara yang nyaman dalam melakukan aktiviti anda..

4. Seragam ( Seiketsu ) – Yang ini perlu bagi sesuatu organisasi. Kena pastikan semua mengikut standard yang ditetapkan setiap masa. Kiranya perlu ada satu kawalan bagi memastikan 3 proses diatas diamalkan. Senarai semak perlu disediakan.

5.Sentiasa Amalkan (Shitsuke) – Perlu konsisten dalam mematuhi peraturan 5S ni. Memang susah sekali nak mengamalkannya tetapi ia tetap perlu dilakukan dengan melakukan audit secara berkala.

Itulah sedikit sebanyak mengenai amalan 5S. Kebiasaanya ianya diamalkan di pejabat atau di organisasi-organisasi. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak idea tersebut boleh diamalkan dirumah bagi memberikan suasana yang lebih baik.
Mungkin ada diantara anda yang mempunyai pengalaman mengenai 5S ni.. Mungkin boleh kongsikan disini..

p/s : Artikel lama yang dikitar semula. Harap masih bermanfaat untuk pembaca semua

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Amalan 5S yang patut dipraktikkan

Leave a Reply to Abdfatah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)