Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Anda semua pernah tak tengok rancangan realiti ‘Tangkap Muat ‘ yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim?
Saya bukanlah peminat rancangan ini mahupun peminat Sarimah Ibrahim tapi tiba-tiba terbuka tv dan melayan episod ini (kepada yang tak dapat tengok sebab youtube diblock sila buka blog ini di cybercafe berdekatan)..
Sebenarnya episod ini menarik perhatian kerana remaja yang dikenakan ini boleh dikatakan hampir menyerupai diri ini. Bukanlah dari segi paras rupa sebab memang berbeza tapi dari segi pemakaian dan gaya. Saya sendiri mengakui bahawa dari segi gaya memang agak tangkap muat.. Bila pandang balik gambar memang teruk betul citarasa tapi adalah sedikit perubahan di kala umur menginjak ke usia dewasa. Walaupun tak ketara tapi kadangkala ada gayanya.. He hehe
Untuk entri kali ini saya ingin memberikan beberapa alasan mengapa orang tangkap muat:-
1. Masa zaman pembelajaran mana berduit sangat. Nak beli baju mahal pun tak mampu. Tu yang baju ‘recycle’ untuk seminggu. Seluar jangan ceritalah kadang2 2-3 minggu seluar yang sama je pergi kuliah. Ada orang perasan ke?
2. Fizikal yang tak memungkinkan untuk bergaya. Ye lah badan debab cam Rikishi, lepas tu rambut plak keras cam dawai. Tu yang malas nak bergaya sini tu..
3. Dah ada suami/isteri buat apa nak pakai cantik-cantik. Klise untuk mereka yang dah berkahwin tak kira lelaki atau perempuan.
4. Buat habis duit je. Baik duit aku guna beli makan atau beli PSP. Lagi seronok.
5. Sibuk sangat. Siang malam cari duit. Kena pula keje ngadap komputer je.. Sampai janggut puntak bercukur.. Rambut pun panjang. Sekali pandang cam siamang pun ada..
6. Malas. Leceh nak berhias.. Ala aku bukan perempuan nak mekap sana sini..
Rasanya cukuplah beberapa alasan. Mungkin anda semua ada alasan yang boleh ditambah..
p/s :- Buat entri pasal ni, agak-agak krew ‘Tangkap Muat’ nak tak datang sponsorkan barang-barang untuk si Zool. Best gak kalau dapat barang free tu..
RSS Feed
Twitter



January 4th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


ada ek rancangan ni? kt channel pe? xpenah plak aku tgk
Reply
azizan4444
Reply:
January 5th, 2010 at 20:41
ini semua keje astro la bang..hahaha
Reply
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 21:22
oo ASTRO ye.. ha haha.. aku tgk tv tak perasan chanel.. ha ah
Reply
azizan4444
Reply:
January 6th, 2010 at 04:04
hehe
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 21:06
dah abis musim ni.. aku pun lupa tapi RTM rasanya
Reply
pergh. ada jugak rancangan macam ni eh. -_-”
Reply
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 21:07
memang ada.. dpt sponsor baju tu
Reply
erm…
kecik ke bsr saiz ko, yg penting ko kene konfiden dlm bergaya…
simple atau complicated..
jgn sampai org panggil selekeh dah laa…
Reply
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 21:08
he hehe..
aku rasa masa belajo dulu mesti ramai panggil aku selekeh..
skg kureng kot
Reply
salam bro zool…
aku slalu gak tgk rancangan tangkap muat ni…setuju dgn ckp ko..student mne ad duit sgt nk ikut trend cam kt rancangan tu..yg loaded je bleh follow..last episode aku tgk artu yg cikgu music..cikgu rock,mmg jauh berbeza sblm n slpas terpilih tangkap muat..baju je rega smpai ratus2…pergh mg dhsyat..
Reply
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 21:08
ooo..
memanglah student mana berduit..
aku dah keje pun tak sanggup nak beli baju memahal,,
bazir woo..
Reply
azizan4444
Reply:
January 6th, 2010 at 03:57
taw xpe..mmg bazir bro…bli bnda len lg bgs..
Reply
nice one~~ hahaha…
bernas idea ko nih…
salam sinngah bro~
Reply
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 22:12
bernas tu pengedar Beras kan??
Reply
lelaki no hal kot, asal boleh. aku pun beli baju bundle sepuluh ringgit dpt 3 helai, kasut mmg pakai sampai haus, jeans 1, slack 1, kemaja 1 utk presentation. tp time nk ngorat bini, smart laa skit. bila dah kawen ni terurus skit laa. bila dh keje pun mmg aku malas nk bergaya, maybe coz orang tak mengata and maybe jugak syg duit, bleh menyimpan utk masa dpn. biar beli baju anak, dieorang pakai comel2 nnti ada laa org berkenan yang kasik duit kt budak tu.
Reply