Alasan tidak menyertai Raja Lawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin ramai yang mengikuti tentang perkembangan Raja Lawak dan ada juga yang tak menyukainya. Seorang komentar untuk entri peserta akhir Raja Lawak 4 iaitu Mat Joe telah memberi cadangan kepada si ZOol iaitu :-

matjoeNo
March 1st, 2010 at 11:35 am · Edit | Delete | Spam
wow…. ko masuk rancangan ni laa zool

Sebenarnya bukanlah si Zool tak mau masuk rancangan Raja Lawak ni tapi ada beberapa perkara yang mengekang dari menyertai ( biasalah, alasan..) . Ini adalah beberapa alasan (tambah lagi koleksi alasan… ) mengapa si Zool tidak menyertai rancangan Raja Lawak…

1. Dalam salah satu episod ada segmen menyanyi. Walaupun bolehlah sikit-sikit menyanyi di K-Box tapi kalau menyanyi kat pentas Raja Lawak nanti jadi lain sikit. Nanti penonton ingat diorang tengah tengok konsert Maman Teacher’s Pet pula .. (huhuhuhuhu. Wek.. Muntah darah jap..)
2. Nanti seluruh kakitangan di Seri Negeri akan dilanda demam Raja Lawak nanti. Semua terpaksa membeli top up bebanyak untuk mengundi.. Tak sampai hati rasanya kalau makcik cleaner pun terpaksa berhabis duit untuk mengundi.. ( Ha hahaha.. Rasa cam nak makan bubur kacang plak…)
3. Member-member yang pernah mengenali pasti akan terkujat beruk.. Mungkin ada yang akan berlari-lari di tepi pejabat ASTRO tak percaya tentang penyertaan si ZOol.. Mungkin kebanyakan status di fb rakan-rakan akan berbunyi seperti berikut ‘ benda ajaib berlaku, si Zool masuk Raja Lawak.. Sebarkan kepada rakan-rakan kita semua.. ‘. Jadi bagi mengelakkan keadaan huru hara berlaku lebih baik tak perlu menyertainya..
4. Kalau tengok rancangan tersebut peserta dikumpulkan dalam satu kelompok. Bila ramai-ramai tu susah nak cari idea.. Betul tak.. Eh apsal rasa tak lawak je alasan ni..
5. Juri dia tak menarik.. Ada ke letak Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki.. Tak menarik langsung.. Bagi le Rozita Che Wan, Diana Danielle , Maya Karin jadi juri/ tenaga pengajar. Baru le rasa selesa nak masuk Raja Lawak.. Hohohohoho.. ( Ko ingat ni rancangan cari awek ke?? Kataku lantas menumbuk perut sendiri..)
6. Anda ingat tak pada peserta Raja Lawak 3 iaitu Amir. Beliau mendapat banyak undian sehingga ke final bukan sebab lawaknya tapi sebab kecomelannya (comel ke?? Orang katalah..) . Takut plak kalau masuk nanti orang undi bukan sebab bakat …. ( Adoi.. nak muntah hijauplak…)
7. Kebanyakan dari peserta Raja Lawak mempunyai tagline tersendiri. Sebagai contoh cam Nabil yang popular dengan ‘ Lu PK lah sendiri’. Susah nak cari tagline ni.. Kena bertapa kat Tanjung Rambutan baru dapat kot.. Eh Tg Rambutan tu tempat orang kurang mental la..

Tapi cam biasalah.. Tu semua sekadar alasan je.. Sebenarnya si ZOol ni takde bakat mana pun nak jadi pelawak. Menari tarian burung wak-wak bolehlah.. huhuhuhu

Sekian sahaja untuk entri kali ni.. Kalau anda rasa entri ni tak kelakar menandakan yang anda sesuai untuk menjadi juri Raja Lawak 5 menggantikan Din Beramboi..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2141
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

17 Responses to “Alasan tidak menyertai Raja Lawak”

  1. ishaNo Gravatar says:

    nak jugde yg lawa-lawa je

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    baru semangat sikit.. huhuhuhuhuhuhu

    Reply

    'R' & 'R'No Gravatar Reply:

    tkpe zool…aku & adek aku bakal trpilih…dh lepas saringan awl pun…aku akn buat yg pling kelakor…mse sringan kami guna name ‘Double R’..plan nk tkar pade ‘R’&’R'…harap ko bg komen positif utk kami…jmpe d gelanggang ke 5…insyaalah.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    selamat berjaya.. aku takde ASTRO.. nanti aku layan kat kedai mamak je..

  2. sharamliNo Gravatar says:

    cis…alasan je lebih…
    hak3

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    biasalah… nantikan alasan untuk hal-hal lain… tu pun kalau rajin follow blog ni

    Reply

  3. soyuzNo Gravatar says:

    kalu rozita che wan jd juri, aku pun nak masuk gak…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohohoho.. mu tak leh masuk… nanti rosakkan reputasi cikgu-cikgu sedunia..

    Reply

  4. firusNo Gravatar says:

    siot jek kau koko.. Alasan tak hingat….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha hahaa.. aku baru tulis pasal alasan je ni.. kalau masuk macam2 ko hamun aku ek… ha hahaha

    Reply

  5. matjoeNo Gravatar says:

    org panggil Al-Amin, ngko dipanggil AL-asan, ada tujuh pulak tu.
    cipan btul item no6 tu. kalau time ko pakai baju adidas kecik2 tu mungkin masuk akal

    tagline – o o o o ola kampung

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku terpaksa delete yg mula tu… jgn memain wooo…. jgn samakan aku dengan ……….. harap ko paham…

    hohohoho.. bolehlah tu AL-asan.. ha ha hah a.. item no 6 tu cam cipan ek???
    biasalah lawak mesti lelebih sikit.. ha ha ha..

    Reply

    matjoeNo Gravatar Reply:

    okey. no big deal. i dont think is shud be there too.

    Reply

  6. miss lollyNo Gravatar says:

    cehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

    nak diana danielle ? huhhhhhhhhhhh ! dasar lelaki. hak3 !

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu.. abih tu takkan miss lolly plak nak jadi juri kot??

    Reply

  7. safarNo Gravatar says:

    senarai tu cukup buat saya tergelak.belum lagi zool
    jadi Raja Lawak.hehehe………

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha hahaahh.. tapi kalau masuk belum tentu boleh buat lawak de… setakat tulis bolehlah..

    Reply

Leave a Reply