Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Kalau diperhatikan tukang masak merupakan satu profession yang kini menjadi pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan lumayan. Malahan ramai yang berjaya sehingga mendapat pengiktirafan tertinggi. Sebagai contoh, Chef Wan yang dulunya hanya seorang budak kampung biasa sahaja namun kini telah berjaya menjulang nama negara sehingga ke peringkat tertinggi. Dengan hanya berbekalkan skill di dapur telah memberikan kejayaan yang besar kepada beliau. Kepada adik-adik di luar sana yang ingin menceburi bidang masakan, amat digalakkan kerana memang ianya berpotensi untuk memajukan diri anda. Terdapat ramai yang berjaya di luar sana..
Malahan terdapat beberapa IPT menawarkan kursus masakan . Kalau tak silap Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mempunyai kursus berkaitan. Selain mencari kerja di tempat-tempat seperti hotel, mereka yang mempunyai kemahiran memasak boleh menjana pendapatan samada membuka kedai makan sendiri, menjual resipi dan sebagainya. Kalau diperhatikan kebanyakan tukang masak professional adalah lelaki tetapi itu tidak bermakna kaum hawa tidak mampu. Terdapat ramai chef dari wanita yang makin meningkat naik. Ini membuktikan bahawa profession masakan tidak hanya berlandaskan gender sebaliknya bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu sendiri.
Agak lama tidak menulis entri yang agak sempoi terutama berkenaan ‘alasan’. Jadi untuk entri kali ini saya akan menulis alasan tidak menjadi tukang masak. Berikut merupakan beberapa alasan yang difikirkan sesuai :-
1. Tak berapa confident dengan minyak yang memercik.. Ye lah bila tangan basah baru lepas berwudhu nak kena masak.. Air yang tergelincir ke minyak terus terpercik ke tangan.. Adoi.. Bukan ada ilmu kebal cam budak-budak silat, alamat berparutlah tangan (penah alami ni, tapi dah hilang parut tu..) .. ( mengada betul alasan ko Zool oit..)
2. Kalau sesetengah orang takut potong bawang.. Kononnya nanti masuk mata.. Tu yang siap menangis-nangis tu.. .. Si Zool takdelah takut potong bawang tapi leceh ooo nak potong-potong.. Kalau setakat potong 3 biji takpe, tapi kalau 3 besen nak potong.. Memang si Zool pun menangis gak.. Ha hahaha..
3. Kalau tukang masak sejati antara bahan yang menjadi kemestian ialah garam dan ‘aji’. Si Zool tak suka gunakannya kalau masak sendiri.. Almaklumlah penggunaan bahan tersebut boleh mengurangkan ketahanan akar rambut.. Jadi susahlah kalau nak masak untuk orang..
4. Kelam kabut.. Memang tak boleh kalau nak masak ramai-ramai tu.. Bayangkan dalam 1 minit ada 27 jenis masakan yang perlu dibuat. Dah tu semua lain-lain jenis tu.. Dengan keadaan begitu memang tak tau nak fokus mana satu. Memang tak jadi le.. Nanti orang order nasi paprik, terbuat ‘lamb chop ‘ plak.. Jauh tu..
5. Suka merasa makanan. Ini susah sebab nak dapatkan adunan terbaik. Kena rasa je.. Rasa punya rasa tengok-tengok dah sepinggan habis.. Amacam nak bagi pelanggan tu..
6. Bertambah membesarlah perut kalau jadi tukang masak. Bahaya sebab kadar gula si Zool pun paras yang tidak baik. Kadar kebuncitan juga akan bertambah sekaligus merisaukan orang sekeliling.. Tak tercapai angan-angan nak dapatkan perut seperti Cristiano Ronaldo nanti.. He hehe..
Okay cukuplah setakat ini. Secara amnya si Zool memang tak berapa pandai masak pun. Pegang kuali sebulan sekali pun susah.. Ha haha.. Lagi nak cerita jadi tukang masak… Cuma kadang-kadang je ke dapur goreng-goreng atau rebus-rebus cincai-cincai je.. Jadi memanglah tak layak nak jadi tukang masak pun..
Sekian..
RSS Feed
Twitter



April 12th, 2010
zool 
Posted in
Tags: 


mmg tukang masak gaji lumayan klu dah byk pengalaman..kat cafe uni ni tanya tukang masak tu..gaji RM4k sebulan..tu duk cafe je tuh..huhu
Reply
haha.. syia pun sebenarnye kalau nmpk minyak nk meletop..cpt jauhkn diri haha
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2010 at 22:48
huhuhuhuhu..
alasan tak nak ke dapur le tu
Reply
Wah banyak lak alasan die =)
masalahnya bakat ade ke ? hahahahaha
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2010 at 22:46
bakat takde. BAKATMAS (pengedar kereta ) adalah.. huhuhuhu
Reply
Betul tu, kalo takut dengan minyak nak meletop tak bole la kerja jadi tukang masak :p
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2010 at 22:52
yup.. takut minyak meletup memang tak leh jadi tukang masak..
Reply
Betul ke jadi tukang masak nie kena korbankan minat yang mendalam??
Reply
zool
Reply:
November 2nd, 2010 at 11:24
tak paham tu.. korbankan minat mendalam tu camner?
Reply