Alasan tidak menjadi guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ini seorang rakan menyuarakan hasrat hati untuk bertukar profession dari seorang Pegawai Teknologi Maklumat kepada seorang guru. Mungkin beliau tidak mampu menahan asakan kerja sebagai seorang Pegawai Teknologi Maklumat atau inginkan pembaharuan dalam tugas. Berdasarkan kelayakan memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Maklumat, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah merupakan kursus yang perlu dipohon untuk menjadi seorang guru. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun (untuk maklumat lanjut sila rujuk portal Rasmi Kementerian Pelajaran) . Sebenarnya terdapat beberapa orang rakan sekelas di Universiti yang telah menjadi seorang guru melalui kursus tersebut seperti Cikgu soyuz ( aku pinjam nama mung.. Jangan samang aku plak ).. Sebelum menjalani kursus tersebut, calon perlu mengambil peperiksaan di awalnya. Sebenarnya, Si Zool pun pernah mengambil kursus tersebut. Berbanding dengan peperiksaan PTD, si ZOol berjaya dalam peperiksaan ini dalam kali pertama cubaan. Kurang bernasib baik, beliau tidak dapat menghadiri temuduga atas masalah teknikal .

Selepas itu, si Zool tidak pernah mengambil peperiksaan KPLI lagi. Bukan sebab kecewa, tetapi setelah difikirkan si Zool tidak layak untuk mengalas tanggungjawab yang berat sebagai pendidik. Antara alasannya ialah :-

1. Kalau sesiapa mengenali si Zool mungkin tahu yang beliau ni sukar sekali untuk marah. Selalu marah dalam hati je. Simpan-simpan lepas tu hilang.. Perkara ni penting bagi seorang guru supaya tidak dibuli oleh murid-murid. Ini kalau murid-murid bising pun tak boleh nak sergah.. Camne ek???
2. Tidak berlaku adil.. Pernah kena sergah dengan murid masa mengajar (guru ganti) di Sekolah Menengah Teknik Jasin beberapa tahun lalu. Apa taknya yang selalu bertanya adalah murid di bahagian kiri jadi tumpuan dilebihkan di sana. Sehingga ada komplen plak.
3. Di usik pelajar.. Almaklumlah sekarang ni, pelajar perempuan amat berani berbanding dulu. Kang ada yang ngurat pula si Zool ni ( wek.. muntah darah lagi.. ).. Walaupun kebarangkaliannya 1/1000 tapi tak mustahil berlakukan. Sekarang ni budak-budak dah lain. Kalau dulu guru hensem menjadi impian sekarang ni guru yang banyak duit dan berharta menjadi harapannya (eh banyak duit ke aku?? Kat ASB tak sampai pun 5 angka ..). Jadi supaya ianya tidak berlaku tak perlulah mengambilnya..
4. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan masalah pelajar. Bukan masalah dari segi akademik tapi dari segi disiplin. Saya lebih sanggup mengajar budak yang tak berapa bijak tapi sanggup mengikut dari yang bijak tapi biadap, sombong dan sebagainya. Tapi kalau jadi cikgu mana boleh pilih-pilihkan.. Semua kena ngadap la..
5. Tidak mempunyai gaya seorang guru. Yup.. Si Zool mempunyai suara yang seksi. Memang sukar bagi seorang anak murid untuk menangkap tutur bicara beliau. Nanti kena bawa mikrofon ke kelas pula untuk sesi pengajaran. Tu kira oklah tu.. Tapi bila dah pegang mikrofon, faham-fahamlah,anak murid suruh menyanyi dua tiga buah lagu. Kan ke haru nanti, kelas belajar komputer berubah jadi pusat karaoke.. Huhuhuhu..

Cukuplah setakat ni. Seperti yang dinyatakan oleh Mat Joe, si ZOol memang banyak beralasan. Tapi sekurang-kurangnya anda membaca juga entri ini sehingga habis.. Terima kasih..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2076
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

11 Responses to “Alasan tidak menjadi guru”

  1. sabreehussinNo Gravatar says:

    Jadi guru kan best.
    dapat allowance, dapt cuti yang panjang, dapat allowance untuk marking paper, boleh buat private tutor, uih

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup kalau berdasarkan elaun memang nampak cam best.. tapi tanggungjawab tu tak sanggup rasanya…

    Reply

  2. fana164No Gravatar says:

    Memikirkan tjwb besar la, xsggp nak jd cikgu wpun ibu sy beria suh jd cikgu..
    Lgpun karenah murid zmn skrg ni, luar biasa berbanding dulu..
    Biarlah org yg lbh layak memikul title ‘cikgu’ =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang.. bukan mudah jadi cikgu ni.. kena menerangi org lain. seperti lilin umpamanya

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    pelajar zaman sekarang lebihkan harta dari rupa.tak bagus untuk saya ni.sebab tak berharta.bukan saya nak jadi guru pun.

    Zool ni mesti bersuara merdu.boleh cair awek di sekolah.huhuhu………

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha. tu saja je tulis.. ntah betul ke tidak.. tak penah buat survey pun..

    suara bukan merdu la.. suara kurang jelas.. tu yg kdg2 cakap org tak berapa paham… tapi kalau nyanyi ok je…

    Reply

  4. hudaNo Gravatar says:

    ermmm… tajuk yg menarik…
    menjadi guru… bukan cita2 asal aku.. tp tak tahu kenapa semenjak 2 menjak ni tiba2 rasa terdetik nk apply kpli plak… sebabnya… boring la keje kat sini. Prospek kerjaya yg tidak luas di tempat kerja sekarang menyumbang kepada idea ni… supaya dapat keluar dari sini walau dengan apa cara sekalipun… ermmmm..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuh.. apa2 sajalah.. semoga bahagia sudahlah

    Reply

  5. BellaNo Gravatar says:

    LOL.. Saya berjaya habis baca entry ni.. :D Saya rasa saya pun tak boleh nak jadi jadi cikgu.. Alasan saya satu je, kurang penyabar. Saya tak boleh mengajar budak2 yg “slow”.. Kalau masuk 3 kali explain masih tak paham gak, mau je lempang satu kali.. Huhu.. Tak bole, sian anak org tu.. So, saya surrender.. Tak bole jd cikgu.. Huhu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohohoho..
    ye la.. bukan senang nak sabar ni..

    Reply

  6. [...] Si Zool sendiri pernah melalui pengalaman sebagai guru ganti selama 2 bulan + 2 bulan. Memang tak sanggup untuk menjadi guru. [...]

Leave a Reply