Alasan tak menyertai BPL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semua orang mempunyai angan-angan dan impian untuk menjadi seseorang. Ada yang berangan-angan untuk jadi pelakon, penyanyi, ahli sukan, model dan sebagainya yang agak glamer. Tapi bukan semuanya mampu tercapai. Saya sendiri pernah bercita-cita untuk bermain bolasepak di Barclays Premier League atau lebih dikenali dengan Liga Bolasepak Inggeris namun terdapat beberapa kekangan. Antara alasannya ialah :-

1. Tak boleh tahan sejuk. Kalau main kat England sana waktu salji mau beku si Zool. Sekarang ni masuk pejabat aircond pun dah tak boleh tahan… Lagikan sejuk kat stadium Fly Emirates, London tu…
2. Ambil periksa English tak lulus-lulus. Cakap 5 patah perkataan pun tergeliat lidah. Tu yang kena ‘reject ‘ tu…

Bekas rakan seperguruan, Arshavin yang berjaya pergi ke Arsenal setelah lulus ujian bahasa Inggeris..
3. Ada perasaan gemuruh yang melampau bila nama dijerit-jerit. Yelah penyokong kat sana fanatik gila. Jerit-jerit nama sampai nak gugur stadium.. Siap buat kain rentang tu.. Tertekan woo..

4. Takde saiz kasut. Apa taknya, orang lain semua pakai kasut saiz besar-besar yang si Zool pakai saiz 5.. Mana nak cari saiz tu kat negara omputeh sana..

Kasut kuning ni bukan kepunyaan si Zool ye.. Ntah sapa punya ntah.
5. Tak cukup duit tambang nak pergi England. Almaklumlah orang kampung mana berduit nak bayar tambang kapal terbang.. Nak pergi stadium Hang Jebat pun meminjam duit ketua kampung. Tu pun 5 kali minta baru dapat..

Ha haha.. Sebenarnya semua alasan itu kelentong je dan hanya untuk lawak jenaka. Secara jujurnya si Zool adalah seorang kaki bangku dalam permainan bolasepak. Tendang bola pun tunggang langgang, cita-cita nak main kat BPL konon. Jadi mana layak nak main bola peringkat tertinggi. Main bola untuk pasukan rumah kuning (masa sekolah) pun tak layak lagikan nak main untuk Arsenal..

Sekian.. Harap terhibur.. Tapi kalau tak terhibur juga eloklah anda layanlah Raja Lawak musim ke 4. ‘Mesti Mari’, ‘Pon pon pon’…. :)

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2184
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

28 Responses to “Alasan tak menyertai BPL”

  1. KujieNo Gravatar says:

    huhuhuhu…ingat ke sebab kt sana tak de roti canai :p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aaa.. ek.. blh masuk alasan tu tadi..
    sebab sana takde ikan keli… :)

    Reply

  2. juanghidupNo Gravatar says:

    raja lawak kali ni tak best. huh… ya meh kaki bangku?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak best pun layan gak je..

    Reply

  3. joegrimjowNo Gravatar says:

    dapat satu kasut kuning da ok

    Reply

  4. joegrimjowNo Gravatar says:

    erkk

    kat sini ramai je yg berkebolehan main
    tp
    xmo main prfessional
    xde arah tuju katanya
    ermm
    entah

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenapa takde arah tuju plak??
    ada yg blh jadi millionaire pe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    lupa nak tanya.. ko kat mana ek?? London ke??

    Reply

    joegrimjowNo Gravatar Reply:

    sheffield
    maksudnya bile balik mesia
    xnampak arah tuju
    hehe

    Reply

  5. beliamudaNo Gravatar says:

    yg penting ada cita2.. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ni bukan cita2 ni angan2

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    hehe~

    Reply

  6. syinNo Gravatar says:

    hahaha…kaki bangku mujur baru…jgn bangku kaki udahler…hahaha

    kat sana xde ubat nyamuk spring tu…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ubat nyamuk spring?? tak penah dengo ..

    Reply

  7. matjoeNo Gravatar says:

    muahaha, ader banner name ngko tu. uiks kalau dah terror tu tambang pegi uk tu arsenal yg tanggung. ketua kampung ko volenteer nk buat kenduri sbb dia nk masuk tv

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala ini lawak je la.. tak payah pikir logika…

    Reply

  8. KPSU(PA)No Gravatar says:

    Yer ker kaki bangku.Ok jer aku tgk.Ko kan terer main snooker..Hahahahahaa.Tiap2 ptg main snooker masa kita ‘tanam anggur’ dulu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    apa kena mengena snooker ngan BPL plak nie???
    ha hah a skg snooker pun dah hancur.. tukau profession lain plak.. nak tau pe?? tunggu

    Reply

  9. firusNo Gravatar says:

    hahah… siap kain rentang tu…

    Emm snooker?? Wah koko.. Tu alsodox ke??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kain rentang tu khayalan.. agak2 ada ke org nak buat kain rentang..
    eh apsal lu tak masuk raja lawak 4 ek?? iras2 Nabil dah ada.. boleh menang punya. setakat abg kasim ‘pon pon’ ngan mamu ‘mesti mari’ mesti boleh pukul punya…….

    tu bukan alsodox tu Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) tu….

    Reply

  10. eyriqazzNo Gravatar says:

    tak ble tinggalkan budu dan keropok lekor..ble terima ke?

    7 Tips untuk tingkatkan trafik ke blog anda

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh.. tapi kena tukau cencaluk n belacan .. orang melake le katakan….

    Reply

  11. JimmyNo Gravatar says:

    Kalau men pdg besar cepat letih… main futsal sonok sket? Zool x men futsal ke?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ada gak main futsal tapi dah berapa bulan tak join..

    Reply

  12. miss lollyNo Gravatar says:

    apapun.

    HIDUP MANCHESTER UNITED :d

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    alamak miss lolly minat kat MU la plak..
    tapi walaupun begitu si Zool tetap setia ngan the Gunners..
    sori ye.. huhuuhuhu..

    Reply

  13. zoolNo Gravatar says:

    salam ziarah zool, terkejut tengok ada sorang lagi zool komen cik epal punya blog.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe. ada ramai nama zool ni.. saya cadang nak buat fan page penama ‘ZOol’. amacam?? ada berani?

    Reply

Leave a Reply