Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tidak menaip entri berkaitan alasan ni. Memandangkan idea pun kureng maka di keluarkan semula idea alasan lagi. Sebelum anda memberi komen negatif, ingin dimaklumkan bahawa ianya adalah sebagai hiburan semata-mata. Ambil yang baik dan buang yang tak elok ye…
Image Hosting
Bukan Gambar si Zool. Hanya hiasan
Kontraktor adalah salah satu cabang perniagaan yang pada dasarnya mampu menjadikan seseorang itu kaya raya. Ramai yang cuba menjadi kontraktor sehinggakan kerajaan telah memansuhkan pendaftaran baru bagi kontraktor kelas F kerana banyak lambakan kontraktor dalam kelas tersebut.
Sebenarnya bapa si Zool mempunyai lesen kelas tersebut tapi takde hati nak menyambung legasi tersebut. Walaupun mempunyai minat dalam bidang perniagaan tapi rasanya tak mungkin menceburi bidang tersebut. Alasan kenapa tak mau jadi kontraktor adalah :-
1. Harga bahan binaan semakin meningkat sedangkan nilai projek tak banyak bezanya. Sukar untuk mendapatkan keuntungan.
2. Bukan mudah untuk mendapatkan projek terutama yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Tak cukup dengan profail yang baik dan kemas. Kena ada macam-macam rintangan yang perlu ditempohi.
3. Kesukaran untuk mencari tenaga kerja. Menjadi kontraktor perlu mempunyai pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Untuk mendapatkan pekerja tempatan dalam kerja-kerja binaan ini memanglah susah. Bila dapat tenaga luar pula, macam-macam yang perlu dilakukan. Permit kerja yang bukan sekejap tu. Lepas tu ada risiko yang pekerja buat hal dan sukar dikawal.
4. Modal yang besar. Bila nak buat projek pembinaan, modal perlu besar. Bukan ratus-ratus wang dikeluarkan tapi ribu-ribu yang perlu dibelanjakan. Dah tu kadang-kadang pembayaran lambat pula tu. Nak lagi sedih, ada yang dapat kurang dari modal. Tak ke haru..
5. Banyak karenah birokrasi. Kena daftar lesen satu hal lepas tu nak kena pergi kursus. Macam yang berlaku kat bapa saya. Sampai ke KL nak kena pergi kursus untuk memperbaharui lesen. Memang leceh.
6. Bila dapat projek bukan semua untung dapat. Ada yang dihantar tempat lain.. ( Tak boleh cerita lebih….)
7. Sukar mendapat projek. Memang bukan mudah nak dapat projek. Ada tu nak dapat setahun sekali projek pun susah. Last-last jual lesen. Itu banyak berlaku pada kontraktor Bumiputera yang meng’AliBaba’kan lesen samada secara sukarela atau terpaksa.
8. Takde kemahiran dalam bidang pembinaan. Ye lah nanti senang-senang je kena tipu oleh pekerja, pembekal.
Okay cukuplah setakat ini. Jangan ambil serius tentang apa yang ditaip ni. Anggaplah ia sebagai hiburan ye..
Sekian.


Aish, susah juak ye camni.. AKu ingat bila dah bergelar konrraktor, kaki goyang, duit masyuk…he3
Reply
zool
Reply:
August 4th, 2011 at 14:26
hahahhahaa. susah bro. bapa aku jadi kontraktor tau le sikit sebanyak
Reply
Tidak ada dialog antara kontraktor melalui persatuan untuk majukan masalah mereka kepada kerajaan
Reply
zool
Reply:
August 4th, 2011 at 16:13
hm. ntahlah tapi memang susah jadi kontraktor ni
Reply
sya bukan kontraktor tpi setuju dgn beberapa perkara yg libatkan kerajaan tu… mmg susah nak masuk tender, kompeni kena berdaftar dgn byk kementerian, pastu byk saingan… huhu
Reply
betul. Susah nak untung banyak. Untung sikit pun kadang-kadang rasa macam tak berbaloi aje.
Reply
[...] seorang kontraktor dan mempunyai kelayakan untuk buat projek camni. Boleh masyuk sikit.. Nampaknya alasan tak mau jadi kontraktor mungkin tak relevan lah lagi nanti. [...]