Alasan tak masuk anugerah blogger

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekarang ni nampak musim anugerah untuk blogger. Ini menunjukkan bahawa blogger kini sudah mendapat perhatian. Satu pencapaian yang bagus untuk industri blog di Malaysia. Yelah, bila blogger Malaysia mendapat pengiktirafan pasti ramai yang yakin dengan kredibiliti blog-blog tempatan. Tidaklah blog ini hanya dianggap sebagai medium negatif je kan.

Berbalik kepada tajuk diatas. Memang ramai kawan-kawan blogger yang masuk dalam anugerah ini. Ada yang kenal, ada yang tak kenal dan ada yang buat-buat tak kenal. Tapi takpelah, itu semua adalah pencapaian masing-masing. Bercerita tentang anugerah blog ini, walaupun si Zool telah berkecimpung dalam bidang blog ini hampir 5 tahun namun untuk masuk anugerah-anugerah ini belum sampai waktunya. Kenapa? Berikut merupakan alasan si ZOol :-

1. Kalau menang akan menimbulkan riak nanti.. Juga akan menjadi perhatian. Kalau setakat paparazi je boleh terima lagi tapi kalau awek-awek yang kejar kan ke naya. Takut nanti kena gossip pula dengan Izara Aishah pula nanti (ye.. sila muntah seketika).
2. Takde tuxedo nak pakai kalau pergi majlis tu. Takkan nak pakai seluar track dengan capal je kot. Mesti ramai yang pandang serong nanti.
3. Majlis anugerah tu jauh kat KL. Si Zool ni dah le tak pandai jalan-jalan KL tu. Kang sesat tak sampai ke majlis. Nanti bila tak sampai kena marah pula sebab tak hormat majlis dan penyampai..
4. Takde duit nak pergi salon kecantikan. Yelah, nak pergi majlis kena cukup siap muka set, badan kena dalam keadaan baik. Senang cerita memang cukup sempurna lah untuk ke majlis besar-besar tu. Ye lah duit blog pun tak seberapa, mana nak tampung semua kos tu…

Tapi alasan yang utama adalah blog si Zool tak ramai peminat dan kualiti tak cukup hebat. Macam mana nak masuk pertandingan untuk dapat anugerah tu kan? Ye lah, nama pun anugerah mesti ada ramai peminat baru dapat kualiti kan?

Oo ye.. Ini adalah sekadar humor ringan je. Tak perlu ambil pusing sangat ye…

Sekian.

p/s :- Kalau ada blogger yang penuh beralasan pasti si Zool boleh beri cabaran kot..Hehehe

Pengunjung Entri Ini :1058

5 comments:

  1. yep.. balik balik blog yang sama jer… menang.. takde muka blog baru.. sedih kan bagi blog tak popular…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,600 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge