BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » santai » Alasan dari orang yang gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lama tidak menulis tentang entri alasan yang menjadi salah satu identiti blog ini. Jadi untuk entri kali ini saya akan menulis mengenai alasan-alasan yang sering dilakukan oleh orang yang gagal.
failure
image hosting

Antaranya :-

1. Nanti-nantilah buat tu.. Sikap bertangguh memang selalu diucapkan oleh kita. Bila bertangguh, pekerjaan tak dapat disiapkan dengan baik. Kalau dapat siap pun hasilnya ala kadar aje..
2. Susahlah . Belum buat dah kata susah. Memang susah nak maju kalau camni.
3. Ala.. dia bolehlah. dia pandai.. Aku tak pandai cam dia. Satu lagi alasan yang sering kita dengar. Selalu melihat orang hebat tapi tak mau ikut kehebatannya.
4. Dia banyak kabel bolehlah. Ini adalah alasan yang berbaur cemburu. Kalau orang tu berjaya dengan cara kabel sekalipun kenapa kita tak boleh cari kabel juga. Takpun cuba buktikan yang kita boleh berjaya tanpa menggunakan kabel ( kabel dalam ayat ini bermaksud orang dalam, kawan dan sewaktu dengannya).
5. Banyak duit nak meniaga ni. Tak payahlah. Kalau nak meniaga memanglah nak kena keluar duit sebagai modal.
6. Takde masalah nak buat benda ni. Masa ada 24 jam. Kalau memang betul-betul sibuk dengan kerja tu mungkinlah juga. Tapi kalau separuh dari jam tu dihabiskan dengan tidur dan bergossip tak guna juga. Lainlah kalau buat blog gossip cam Rotikaya dan Beautifulnara tu. Ada gak masyuk.
7. Ala.. tak payah buatlah. Cukuplah dengan apa ada ni.. Memang kita patut besederhana dalam hidup. Tapi kalau apa yang ada tu, nak makan pun sampai meminjam memang tak patut la. Camni nak jadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat nanti.
8. Ala aku muda lagi. Nak buat apa, kerja keras camtu. Tak payahlah. Ini alasan yang sering diluahkan oleh remaja-remaja. Sepatutnya masa usia mudalah kena berusaha keras. Bila dah berumur memang susah sebab tenaga dah kurang. Lagipun masa mudalah patut mencari pengalaman untuk berjaya di kemudian hari.
9. Lecehlah buat benda ni semua.. Aku nak kerja senang je. Memang selalukan kita dengar ungkapan ni. Kerja senang biasanya kurang membuahkan hasil yang lumayan. Usaha kena lebih baru dapat hasil lebih. Tak gitu?
10. Ala.. ulat dalam batu pun boleh hiduplah. Alasan menggunakan pepatah yang tak kena tempat. Memanglah ulat dalam batu tu boleh hidup. Tapi ulat tu tak perlukan harta, ilmu , duit. Kita manusia mana boleh sama dengan ulat tu. Kita kena usaha mencari sesuatu dalam hidup ni. Tak gitu?

Okay cukuplah tu. Ini adalah sekadar hiburan. Tak semestinya pengguna alasan di atas akan menjadi gagal. Mungkin ada sesetengah alasan diatas boleh digunakan untuk mengelakkan anda gagal. Macam mana tu? Sebagai contoh, ada yang nak ajak anda menyertai skim cepat kaya, piramid dan sebagainya jadi anda bolehlah gunakan alasan untuk melepaskan diri. Tak gitu?

Harap maklum ye..

Sekian..

p/s :- Kebanyakan alasan tu sering digunakan oleh si ZOol. Memang ada rasa-rasa manusia gagal disitu. Apapun ia menjadi pedoman untuk mengubah diri dari seorang yang gagal kepada manusia yang berjaya.. Insyaallah.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :881

17 thoughts on “Alasan dari orang yang gagal

  1. Alasan dari orang yang gagal | Blog Zool Ligakampung. says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Alasan dari orang yang gagal | Blog Zool Ligakampung. [...]

  2. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    kene latih elak diri bagi alasan..huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu

    Reply

  3. auc dot comNo Gravatar says:

    x boleh elak dari alasan :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. selalu je cari alasan kan

    Reply

  4. anifNo Gravatar says:

    Jangan cipta alasan dan bertangguh kerja kalau mahu berjaya. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. jangan asyik cipta alasan kalau nak menjadi manusia berjaya

    Reply

  5. tehrNo Gravatar says:

    cari alasan untuk mengelak buat kerja tak elok

    Reply

  6. puteri kasihNo Gravatar says:

    orang yang gagal memang pandai menciptakan alasan

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu kan..

    Reply

  7. nazraNo Gravatar says:

    dah gagal, alasan jala yg diberikannya.

    Reply

  8. titanNo Gravatar says:

    kalau aku kena bagi alasan, aku tetap kata aku sibuk..

    Reply

  9. NurulNo Gravatar says:

    Setujuuu… :)

    Reply

  10. iAwaniNo Gravatar says:

    biasanya orang berjaya tidak banyak beralasan, berani gagal dan melebihkan tindakan. Doa saya, moga kita sama-sama dijauhkan dari sikap malas dan sikap suka bertangguh-tangguh. Mudah-mudahan kita dapat melatih diri jadi insan positif.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le. sekarang ni nak kurangkan beralasan dan berani hadapi kegagalan.. insyallah kita boleh berubah menjadi lebih baik

    Reply

  11. MusNo Gravatar says:

    hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..
    kalau tak nak.. cakap awal-awal..

    Reply

  12. hatiputeraNo Gravatar says:

    Memang banyak alasan kalau dah tak nak buat..tapi kata orang dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge