Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Post kali ni saya tulis awal dari tarikh sepatutnya tapi gunakan kaedah timestamp dapat memudahkan saya dari terlupa..
Kalau tepat waktunya entri ini akan terpapar di ruang maya pada 6hb Disember 2008.. Ini menandakan bahawa si Zool telahpun meningkat usianya.. Telah 30 tahun (ikut kalendar Masihi) bernafas di dunia tercinta ni.. Dan tak tau lagi samada mampu dipinjamkan lagi tubuh badan ini untuk 30 tahun yang akan datang.. Wallahualam..

Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan.. Memang dalam tempoh ini banyak perkara yang perlu dikejar memandangkan banyak masa yang telah dibuang sebelum ini.. Bersama-sama ini saya sertakan satu sajak yang dicipta secara spontan…
AKu sudah semakin tua
Semakin hari masa meninggalkan ku..
Terkapai-kapai mencari hala tuju
Jalan luas terbentang
Namun tiada papan tanda
Tiada kompas
Menjadi panduan jalan yang patut ku pilihNamun aku mesti mengambil risikonya..
Samada kiri mahupun kanan
Mungkin aku kan menerobos ke lubang gelap
Atau menjejak kejayaanTuhanku,
padamu aku berserah
Semoga sisa-sisa hidupku dapat ku penuhi
Dengan keberkatan dan keimanan
Hm.. cukuplah setakat ni.. Tak tau nak tulis apa lagi dah..
RSS Feed
Twitter



December 5th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


Selamat Hari Lahir Zool, semoga dimurahkan lagi rezeki kau
Reply
selamat hari lahir. Ini bermakna. Aku lagi muda dari kau. Hehe
Reply
selamat hari jadi. semoga panjang umur dan murah rezeki
Reply
Gua bulan julai tu ari pun dah 30 tahun.Cecepat la cari penyeri hidup.Gerenti manis,indah dan berseri dunia anda.
Reply
Selamat Hari Lahir..moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki olehNya..sedap sajak tu..semakin kita mendekatiNya,insyaAllah kita tidak akan tersasar haluan dalam menjalani hidup di masa hadapan..
Reply
selamat hari tua bro..
eh.. selamat hari lahir bro..
semakin meningkat umur semakin meningkatlah jugak matlamat diri..
semoga bro terus maju dengan projek2 bro..
Reply
hepi besday bro. Kena panggil bro la pas ni sbb bro lagi tua, hehehe
Reply
hepi birthday sahabat…
gembira selalu disamping orang tersayang. hidup mesti ceria.
aku lg tua pada ngko
Reply
hepi besday bro..hoho
Reply
Selamat hari jadi…semoga hidup anda akan terus diberkati.Semakin meningkat usia kita bermakna semakin jauh juga perjalanan kita…dan semakin jauh perjalanan itu bermakna pula semakin luas pengalaman..DAN..semakin luas pengalaman itu bermakna semakin matanglah kita…
Reply
azwan –> AMIN..
titan –> ye la ko lagi muda dan kacak dari aku..
taukey –> tq… harap2 dapat bernafas lagi 30 tahun lagi..
pegbeliamacho –> tq.. sedang diusahakan..
nadinezuharra –> sedap ke sajak tu..?? main hentam je..
menteil –> tq.. harap ko pun maju ngan projek2 ko..
zaki blogjer –> tak yahlah.. panggil biasa je.. tak suka protokel sgt..
afzaiafandi –> tq.. ko tua dan lebih kaya dari aku… huhuhuhuhuhu
aman –> tq..
AASSHH –> tq atas panduan berguna
Reply
ho ho ho..slmt hari jd..semoga dipanjangkan umur dan rezeki..hehe..terlambat ucap suda..hahhaa
p/s – aku punya hr jd 22hb ni..ekekekekekeke…
Reply
happy belated birthday.. semoga sentiasa diberkati & dirahmati selalu..:)
Reply