Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya hari ini ada berita hangat yang sudah pastinya menjadi buah mulut rakyat-rakyat samada di media-media masa, pejabat, warung kopi dan juga di blog-blog. Apa ceritanya?? Rasanya tak perlulah saya ceritakan kerana anda semua sedia maklum.. Kalau tak maklum juga buka-bukalah suratkhabar online ye..
Okay saya tidak akan menceritakan isu tersebut kerana blog initidak akan menulis mengenai tag ‘tersebut’ sebaliknya hari ini saya akan menulis tentang kehidupan saya hari ini.. Sudah 3 hari nampaknya saya dan adik saya cuba bertukang.. Bertukang untuk mencuba projek ‘baru’ saya.. Nampaknya skill penukangan kami memang teruk .. Huhuhuhu .. Tapi tak mengapa saya akan menyiapkan juga walaupun kerja tangan mendapat kritikan oleh beberapa orang terdekat.. Memang agak kecewa sikit kerana tidak mendapat sokongan moral sebaliknya dikritik.. Tak mengapa walaupun kerja tangan tidak sempurna namun saya merasakan bahawa hasil tersebut ‘ok’ dan boleh digunakan untuk projek saya.. Insyallah jika diizinkan Allah projek ‘offline’ saya akan dilaksanakan.. Mungkin dalam 3 bulan pertama projek itu tidak menjanjikan keuntungan namun saya yakin yang kejayaan telah tersedia di depan mata…
Selain dari projek tersebut saya juga menjangkakan Jun akan menjadi bulan untuk saya bekerja lebih kuat.. Nampaknya ebook ‘percubaan’ akan di releasekan dalam bulan Jun, sesuai dengan tempoh setahun jagung ligakampung ber’blog’ di alam cyber ini.
Semoga saya akan menjadi orang yang berjaya..
p/s :- Membaca teknik Kedai online oleh Saiful Sham menarik minat saya untuk memahami perniagaan secara online.. Anda berani??
Tags: kedai online, projek Zool










May 19th, 2008 at 2:14 pm
aku tak berani la
[Reply]
July 1st, 2008 at 12:10 am
sistem ni boleh menjual secara auto ke..? walau pun tgh tido pun jual beli boleh berjalan….?
[Reply]