Aktiviti yang perlu dielakkan di dalam masjid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Saya bukanlah orang alim dan bukan juga orang yang rajin ke masjid. Namun kadangkala bila datang ke masjid tu terpandang beberapa perkara yang mungkin tidak menyenangkan. Almaklumlah, masjid merupakan tempat yang suci dan untuk beribadah namun ada perkara yang seeloknya tidak dilakukan. Antaranya ialah :-

solat-jemaah

1) Bawa budak kecil. Tidak menjadi kesalahan jika membawa anak-anak datang ke masjid untuk belajar berjemaah tapi kenalah tau tahapnya. Kalau budak yang terlalu lasak berlari sana ke mari sudah pasti ia akan menganggu jemaah. Nanti pahala tak dapat, dosa pula diterima.
2) Berborak-borak ketika azan berkumandang. Ini sering berlaku dimasjid-masjid. Kan ke kita sepatutnya menghormati azan. Bukan sahaja di masjid malahan apabila dimana-mana sepatutnya kita dengar azan kita seeloknya menghormatinya. Kadangkala yang berborak tu bukan setakat jemaah biasa-biasa, imam dan bilal pun bercakap-cakap tu. Termasuklah juga ketika imam baca doa, masih ada yang bercerita sesama sendiri.
Ditambah tatkala terawih ni. Ada yang buat 8 rakaat sahaja berbanding rakan jemaah lain. Kalau tak mampu lebih dari 8 tu takde masalah tapi janganlah borak pula dalam masjid tu. Seeloknya beredar selepas menunaikan solat sendirian.
3) Kebersihan. Walaupun masjid adalah tempat yang suci tapi ada yang tidak menjaga kebersihan terutama di kawasan tandas. Ada yang tidak flush bahan buangan hingga mengakibatkan bauan yang tidak menyenangkan. Apatah lagi bila masjid tiada ‘maintenance’ akan menjadi lebih dahsyat lagi kekotorannya.
4) Tidak memenuhkan saf depan. Ramai yang segan untuk berada di saf depan sedangkan pahala lebih besar bagi yang duduk di hadapan.
5) Baring di dalam masjid. Ia bukanlah kesalahan untuk berehat di masjid tapi seeloknya rehatlah di ruang luar dan bukan dalam ruangan solat. Ia bagi mengelakkan kekotoran dan gangguan pada jemaah lain.

Itu serba sedikit aktiviti yang perlu dielakkan di masjid. Ini bukan mengata orang lain tapi cuba untuk menginsafi diri agar tidak melakukan perbuatan tersebut.

4 thoughts on “Aktiviti yang perlu dielakkan di dalam masjid

  1. Terima kasih di atas info yang ringkas, tetapi bermanfaat… Saya selalu juga pergi ke surau depan rumah saya… Ada kalanya saya terpaksa bawa anak saya yang nak ikut ke surau… Anak saya ni kadang tu buat perangai juga bermain-main dekat surau…. huhuhu… Tapi kalau tak bawa dai akan meraung sekuat-kuatnya sehingga boleh didengari di surau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.