Aksi pertama Harimau Muda di Liga Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya aksi pertama pasukan Harimau Muda di Liga Singapura menampakkan aksi yang positif. Walaupun baru je gagal dalam kelayakan Olimpik baru-baru ini namun semangat berjuang mereka masih kuat. Dalam perlawanan pertama, anak-anak buah Ong Kim Swee berjaya membenam pasukan Gombak United FC dengan 2-0. A Thamil Arasu yang sering dikritik sebelum ini berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 15 hasil sepakan lambung Mohd Irfan Fazail.
Pemain gantian, Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali dengan gelaran Kecik berjaya menjaringkan gol pada minit ke 84 untuk memastikan pasukan muda negara membawa tiga mata penuh.
Tahniah kepada pemain Harimau Muda yang berjaya dalam perlawanan pertama. Diharap ia akan berterusan bagi memartabatkan nama negara.

Video Harimau Muda vs Gombak Utd

Gol Thamil Arasu


Gol jaringan Wan Zaharulnizam

Sekian..

p/s :- Agak lambat beberapa hari mengetahui tentang keputusan ni.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :255
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Aksi pertama Harimau Muda di Liga Singapura”

  1. tehrNo Gravatar says:

    Tahniah buat harimau muda
    Di liga s juga boleh harumkan nama negara

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. harap akan terus maju..

    Reply

Leave a Reply