Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Akhyar Rashid : Perlukah terima tawaran Bate Borisov

Minggu ini berita tentang tawaran kelab Liga Belarus, Bate Borisov kepada penyerang sensasi , Akhyar Rashid menjadi perbualan di media masa. Ada yang bersetuju dan ada juga yang meminta Akhyar memikirkan tawaran tersebut semasak-masaknya. Kita sedia maklum, Akhyar merupakan seorang penyerang yang pantas serta mempunyai kemahiran mengawal bola yang tinggi.

Jadi tidak mustahil, kemahiran beliau ini diintai oleh pencari bakat di luar negara.  Meskipun Liga Belarus bukanlah liga yang terkenal tetapi ia boleh dijadikan peluang untuk Akhyar mengembangkan sayap ke Eropah. Pada pendapat kami di Ligakampung.com peluang ini perlu dipergunakan sebaiknya. Antara sebabnya ialah :-

  1. Meskipun Liga Belarus tidak cukup kompetitif tapi penyertaan mereka dalam Liga Juara-juara pada musim 2018/2019 membuktikan pasukan Bate Borisov mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi Eropah. Meskipun tersingkir di peringkat kumpulan, namun mereka mampu melayakkan diri di Liga Europa 2018/2019. Malahan berjaya menumbangkan pasukan professional gergasi EPL, Arsenal pada pusingan pertama peringkat kalah mati sebelum tumpas secara aggregate.  Ia akan memberikan ruang kepada Akhyar untuk membuktikan bakat kepada kelab-kelab Eropah lain yang juga bersaing dalam Liga Juara-juara atau Liga Europa. Tak mustahil ada kelab yang akan melihat kemampuan beliau.
  2. Penyertaan beliau dalam Liga Belarus ini akan memberikan ruang untuk beraksi dalam Liga tertinggi. Seperti yang diketahui, untuk pemain dari ranking negara yang rendah seperti Malaysia menyertai Liga Eropah ada beberapa syarat seperti perlu bermain dalam Liga Eropah untuk jangkamasa tertentu. Mungkin niat untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris boleh direalisasikan seandainya mampu beraksi baik di Liga Belarus dan kemudian dipandang oleh pasukan lain.  Anda boleh baca artikel beberapa pemain Asia yang berjaya menyertai Liga Perdana Inggeris. Kebanyakan dari mereka perlu bermain di Liga lain untuk membuktikan kemampuan mereka. Seandainya Akhyar berjaya di Liga Belarus, mungkin beliau disunting di Liga lain yang lebih kompetitif. Ada yang menyatakan agar bermain di Liga Asia tetapi Ligakampung.com berpendapat elok beliau mengambil peluang sekali di Liga Belarus ini. Lagipun pasukan yang disertai bukan calang-calang pasukan dan merupakan pasukan tertinggi di Liga tersebut.
  3. Dapat beraksi dengan pemain bertaraf dunia. Mungkin ada yang mengenali Alexander Hleb iaitu bekas pemain Vfb Stuggart, Arsenal, Barcelona dan Birmingham City. Meskipun beliau telah berada di penghujung karier namun pengalaman yang beliau ada di peringkat tertinggi boleh menjadi panduan bagi Akhyar Rashid. Bukan satu peluang mudah untuk beraksi dengan pemain yang pernah berada sebaris dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi. Pasti banyak pengalaman yang dapat dikutip sekiranya Akhyar Rashid beraksi di sana.
  4. Bersaing secara fizikal. Kita sedia maklum, pemain Eropah mempunyai saiz badan yang tegap dan tinggi. Ini adalah peluang bagi Akyar untuk membuktikan kemampuannya untuk bersaing. Jangan diberikan alas an kerana saiz beliau hampir sama dengan Lionel Messi . Jadi beliau perlu ada kekuatan tersendiri untuk memastikan berjaya di sana. Selain itu, persediaan fizikal akan memantapkan lagi Akhyar untuk bersaing di peringkat tertinggi
  5. Ini peluang bagi Akhyar untuk berdikari. Ia bukan sekadar hanya persaingan fizikal, malahan ia melibatkan mental. Kita boleh lihat ramai pemain yang GAGAL sebelum ini selepas diberikan ruang untuk beraksi di Liga Eropah. Mesti ramai yang masih ingat Nazmi Faiz yang hanya beberapa bulan sahaja di Liga Portugal. Diharap ianya tidak akan berlaku buat Akhyar Rashid sekiranya menerima tawaran tersebut. Berdasarkan kemampuan, rasanya Bate Borisov mungkin tidak mampu menggajikan beliau dengan harga setinggi JDT namun peluang untuk beraksi di peringkat tertinggi perlu dilakukan apatah lagi usianya telah 20 tahun dimana peluang hanya akan tiba pada usia 20-25 tahun untuk beraksi di Liga Eropah.
Alexande Hleb dan Messi ketika beraksi di Barcelona AFP PHOTO/LLUIS GENE. (Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Itu serba sedikit pendapat kami di Ligakampung.com. Apapun, keputusan terletak kepada beliau dan pasukan JDT. Kami hanya memberikan cadangan sahaja berdasarkan pengamatan kami selaku penyokong yang ingin melihat pemain kita beraksi di liga yang lebih kompetitif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.