Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Baru-baru ini saya singgah dengan rakan-rakan ke air terjun Asahan.. Konon-kononnya nak cuba mandi manda namun keadaan gembira bertukar kecewa..
Mungkin ramai yang tak mengetahuinya.. Malahan mungkin rakyat Melaka pun tak tahu tentang kewujudan Air Terjun Asahan ni.. Saya pun sebenarnya kali terakhir menjejakkan kaki ke sana adalah ketika waktu selepas PMR ( tahun 93 tak silap).. Bayangkan dah berapa lama tak pergi tu.. Namun keadaan di sana tidak sesuai untuk bermandi manda.. Airnya terlalu sedikit dan tidak berarus.. Malahan jalan masuk juga tidak disediakan… Memang berbeza sekali dengan kawasan jiran,Sagil..
Ketika mengeleng kepala memandang kawasan terbabit tiba-tiba muncul seorang berjanggut putih datang.. Dengan diiringi seekor anjing beliau memandang ke arah kereta saya..
Ops.. bukan orang bunian tau.. Tapi makhluk manusia juga.. Rupanya beliau merupakan penjaga di kawasan itu.. Beliau yang ditugaskan memantau di kawasan terbabit.. Salah seorang rakan saya yang mengenali beliau berborak-borak kosong…
Dan beliau memberitahu bahawa telah 1 bulan tiada hujan di kawasan terbabit yang menyebabkan air di kawasan terbabit terlalu sedikit dan tidak mampu untuk di jadikan kawasan riadah..
Malahan sebenarnya saya sepatutnya tidak boleh masuk ke kawasan yang telah di rizabka sebagai kawasan tadahan air untuk negeri Melaka ni.. Oooo.. patutlah jalan tidak ditar.. Kawasan Taman Negara Johor ini tidak sepatut diceroboh sesuka hati rupanya…
Walaupun tidak berjaya dalam misi untuk mandi manda namun nampaknya sedikit sebanyak info mengenainya dapat dipelajari dari penjaga yang telah berpuluh tahun di kawasan terpencil tu…
Untuk pengetahuan anda juga, berdekatan kawasan tersebut dibina kem PLKN dan juga Kompleks Majlis Sukan Negara.. Mesti nyaman dan tenang mereka bekerja di sana.. Almaklumlah di kelilingi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan di sana..
Oklah cukup setakat ini.. Mungkin ayat sedikit berterabur.. Almaklumlah hari ini terpaksa menghantar bil-bil rumah awam… Penat sikit tapi tak sanggup untuk meng’kosong’kan blog ni….

















aku dulu selalu gak pergi sini mandi. hehe
best gak dulu. air dia besih je
Reply
zool
Reply:
February 5th, 2009 at 7:13 pm
aku pun memula datang ingatkan nak mandi.. sekali air tak berarus..
apa nak mandinya.. tengok je la…
Reply
tak pernah pergi..tapi mmg kesianlah dengar dr cerita zool tu..kalau nak berkelah n mandi manda mesti kita suka air terjun yang jernih n kedalaman airnya molek nak dibuat berenang..kn
Reply
saye ni baru plan nak g mandi kat asahan tu.. x pernah pun pegi.. saje nak cube sbbnye saye ni x bleh tgok air.. x kire le laut ke kolam ke terjun ke… btol ke x bes??? hampenye.. ade cadangan x selain dr sagil…
Reply
zool
Reply:
July 25th, 2009 at 1:42 pm
cuba la dulu…
sbb bulan februari lalu air takde. skg mungkin ok kot.
Reply
air trjn asahan mmg da kring..ari 2 owg SAMB wt bce Yassin kt sne..p xda prbhn..ylh tmpt 2 pn pnas..bdk2 rmai wt mksiat kt sne..cm ne nk ada air…
Reply
zool
Reply:
November 9th, 2009 at 3:50 pm
masih takde air ke?? time saya pegi tu bulan Feb hari tu.. Lepas tu takde singgah lagi
Reply
I knew that. Years ago Air terjun Asahan is the best place. we used to go every other weekend with family for pcnic and we had lots of fun, Kenangan manis. Dahlah rumahpun tak jauh,just a few miles away.(Orang Melaka)
This was in 1984.
Now I’m in USA. Last year,,,, when I came to visit Malaysia,,,we decided to go to Asahan. My son was so exited and realy wants to see the waterfall. But…… it’s so sad. The water is so dirty and some of the people are just ruin the the beautiful enviroment. Sampah sarap and I just cannot tell how bad thhe palce is now.Hope someone will takecare of this place.
Reply