Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari yang panas memang seronok kalau singgah gerai di tepi jalan sambil meneguk segelas air tebu.. Memang nyaman sekali..
Sebelum berceloteh mengenai tebu apa kata kita kongsi sikit info pasal tebu dulu..
Info tebu
Pokok tebu merupakan sejenis tumbuhan berbatang yang merupakan bahan utama digunakan dalam pembuatan gula..Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam.
Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman.
Curi dari wikipedia
Kegunaan selain gula
Selain dari kegunaan untuk gula, hampasnya boleh digunakan sebagai makanan tambahan bagi lembu.. Memang amat berkhasiat sekali.. Dan di negara tropika seperti Brazil mereka menghasilkan ethanol untuk bahan api, sejenis biofuel. Malahan Brazil telah menggunakan tebu sebagai bahan api sejak sekian lama.. Tak percaya?? Baca info dari Utusan.
Lagi??
Bercerita tentang tebu ni memang di rumah ada terdapat ditanam beberapa batang. Bukanlah untuk komersial tapi saja untuk diri sendiri.. Lagipun di rumah ni ada mesin tebu yang pernah digunakan untuk meniaga..
Malahan si Zool ni pernah meniaga tebu di hadapan rumahnya ketika zaman-zaman pengangguran dulu.. Kenangan tu.. Ok kita layan gambar-gambar berkaitan.
Tebu yang diambil oleh bapa saya untuk diproses. Mula-mula kena bersihkan dengan mengikis duit tebu tersebut.

Bawalah mesin tebu.. Ini mesin tebu rumah saya yang masih kuat lagi.. Kalau takde pandai2 le beli atau sewa ye..

Tebu yang gagah perkasa dilenyek ke dalam mesin tersebut.. Hati-hati jangan sampai tangan termasuk..( tangan bdfabregas yang sedang melakukan proses tersebut)

Akhirnya siap dan boleh diminum untuk seisi keluarga.. Memang ‘pure’ tanpa bahan tiruan mahupun ais.. Tapi kalau nak beli ais pun tadahal punya..
Itu sajalah untuk ari ni.. Jom minum air tebu.. Tapi jangan banyak-banyak nanti berpenyakit nanti.


















Memang terliur aku nengokkan gambar air tebu tu. Best lah Zooool!!!!
Reply
apa kaitannya tebu, air tebu, mesin tebu dan kotak printer?
walau apa pun kaitannnya, air tebu memang best
Reply
zool
Reply:
January 27th, 2009 at 2:13 pm
Kotak printer tu takde kaitan.. Sebagai memenuhkan ruang kosong..
Reply
terdouble post.. delete yang bawah tu ek
Reply
hehe.. dulu aku tak suke betul air tebu..
sampai nak termuntah bila minum..
bila dah besa suka pulak..
lagi2 time bulan pose.. hehe..
Reply
nyam nyamm..
Reply
zino pernah terbaca berkaitan air tebu ni.. terutama yg di jual di bulan puasa.. kenapa air tebu ni cepat macam atau basi.. dalam atikel tu kata persediaan air tebu itu amat lah tidak mengikut standard yg sepatutnya .. macam mana standard mungkin zool lebih tahu sebagai orang yg pernah berniaga..
so kata rencana tu lagi oleh kerana persediaan yg tidak sempurna menyebabkan air yg di jual tercemar dengan teruk nya. sehingga kan memberi mudarat kepada yg minum… tidak seperti air temu yg zool jual..
kalau kita nak minum air tebu kenalah pastikan ianya bersih dan sesuai utk di minum.. zino pun suka air tebu ni.. tapi kena lah dengan ais sekali.. cuma takut nak beli di bazaar ramandan…
Reply
zool
Reply:
January 27th, 2009 at 11:01 pm
kalau air tebu biasa yang ‘pure’ tak campur apa2 chemical..
dalam 1 ari je boleh tahan.. Masuk peti sejuk blh tahan sikit..
Air tebu sukar nak bertahan …
Nantilah cerita lagi
Reply
wah..terliur aku..nih yg nk gi gerai jual air tebu skrg..hehe..
Reply
perghhhhhh tak sangka ko ada mesin tebu eh
nanti la kalau aku turun jasin aku singgah
weekend lepas x sebab dowh. banyak sangat activities nyer. hehe
Reply
zool
Reply:
January 27th, 2009 at 11:03 pm
bapa aku punya mesin tu..
jarang guna sekarang
Reply
perrghhh!
best nie!
kalo dapat time tengahari panas, memamng tak cukup la segelas!
hahaha
Reply
dulu penah gak meniaga air tebu time bulan puase..seronok..!Ayah melenyek ke dlm mesin n saye lak tukang tuang airnya ke dlm plastik..air ni mmg jd faveret selain dr air kelapa..best kalau minum time cuaca panas,hilang dahaga!
Reply
erm..sedapnya..teringat masa kecik2 aku pun selalu pi “curi” tebu.
Reply
ni yang aku rasa nak gi beli air tebu nih..
Reply
Ada orang sara hidup dgn air tebu / pokok tebu je.. tak caya? Mungkin Zool boleh buat post khas pasal income peniaga2 air tebu??
Reply
zool
Reply:
January 29th, 2009 at 2:02 pm
memang betul tu. aku ada tengok akak kat bukit katil.. meniaga air kelapa.. dulu takde bilik.. sekarang dah ada bilik ngan kipas..
memang boleh buat sara. yang penting usaha tu…
kadang2 diorang punya income lagi mantap dari aku yang keje kerajaan ni..
Reply
bestnya!!!!!
Reply
memeng sedap air tebu apatah lagi kalau di proses cara yang bersih
Reply
kalau nak tahu cara yang bersih proses air tebu hubungi saya 0122029559 din
Reply