Air Soya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya pergi ke pasar Malam dan biasanya antara yang selalu dibeli ialah air soya.. Air soya buatan di pasar malam lebih asli dari yang ditin atau dibotolkan.. Malahan rasanya lebih mantap lagi.. Jadi saya ingin kongsi sedikit info mengenai air soya ni.

Soya

Kenapa suka minum kacang soya? Sudah pasti ada khasiat yang memberi kelebihan dalam kesihatan seharian.. Antaranya :-

• Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
• Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
•Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
•Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
•Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
•Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
•Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
•Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
•Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Info dari YPNet

Berikut merupakan cara-cara membuat air soya tanpa beli dari kedai..

Bahan-Bahan:
500 gm kacang soya
Sedikit garam Gula secukup rasa
Beberapa helai daun pandan
Cara:
1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam.
2. Basuh kacang soya dan toskan
3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air)
4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berkeladak)
5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.
6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)
7. Masukkan beberapa helai daun pandan
8. Masukkan secubit garam
9. Masukkan gula secukup rasa
10. Minumlah sepuas-puasnya

Resipi dari Mesra.net

Apa pendapat anda semua?? Suka dengan air soya??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :8362
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Air Soya”

  1. TMUkmkdNo Gravatar says:

    wehhh aku tak reti la minum air soya…. nanti nak lagi :) )

    Reply

  2. amanNo Gravatar says:

    suka gak..best..
    bleh gak wat side income…huhu

    Reply

  3. KNizamNo Gravatar says:

    air soya buat sendiri mmg best
    aku suka kalau ada sikit2 kacang dia kan
    sedap kunyah sket. hehe :)

    Reply

  4. ayiipzNo Gravatar says:

    best kalau minum air soya ais….

    Reply

  5. megatNo Gravatar says:

    banyak-banyak susu, susu soya yang boleh masuk dengan mudahnya ke melalui tekak aku.

    adeh tetiba nak minum air soya lak huhu.

    Reply

  6. Fahmi AdamNo Gravatar says:

    Soya sebenarnya mempunyai Estrogen, so tak baper baik untuk budak² lelaki, boleh membantutkan pembesaran. Tapi kalau dah sedap teguk ajer! kampaiii!

    Reply

  7. rynaNo Gravatar says:

    assalamualaikum wbt…

    saya telah menggunakan soya untuk dibuat cuci muka dan madi, jadi saya hendak tahu, apakah kebaikkannya pada kulit?

    Reply

  8. suzanaNo Gravatar says:

    air soya ni pn baik tuk mlicinkn kulit……….klu d minum stiap hari………

    Reply

  9. lizaNo Gravatar says:

    sodapnyorrrr

    Reply

  10. fadzilNo Gravatar says:

    Saya nak try jugak buat air soya ni..

    Reply

  11. shaziqarahNo Gravatar says:

    sedap air soya tu ,selalu beli jerk kali nie nak buatlah terima kasih ya…

    Reply

  12. ayim kompangNo Gravatar says:

    Slmt mencuba kwn kwn esok sy nak wat susu kcg soya menurut kwn dia wat 3 hri leh minum lg

    Reply

  13. ismailNo Gravatar says:

    bnyk2 minuman kegemaran sy adalah air soya yg sy bt sendiri

    Reply

Leave a Reply