Air sirap bandung selasih

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Entah kenapa tiba-tiba mengidam untuk melayan selasih. Bukan Rosli Selasih, itu pencipta lagu tapi satu bahan yang digunakan dalam minuman. Dengan pertambahan biji selasih ini memberikan lebih kesegaran dalam badan. Menurut cerita orang-orang tua, air yang ditambah biji selasih akan menyejukkan badan. Kenal tak dengan biji selasih? Mungkin ada yang kenal dan pasti ramai juga yang tak kenal. Bijinya seakan telur katak (tu pun kalau anda pernah tengok telur katak). Senang cerita pergilah ke kedai runcit berhampiran dan belilah dari kedai terbabit. Murah je.

Berbalik kepada tajuk di atas, untuk entri kali ini biji selasih tersebut akan bersama-sama berganding bahu dengan air sirap bandung untuk memberi kelegaan pada si Zool. Tahukah anda cara membuat air sirap bandung? Tak tau? Memang tahap tak pernah ke dapur la camtu. Takpe, dalam entri ini si Zool dengan rendah diri menunjukkan cara membuat air sirap bandung selasih. Layankan gambar-gambar dan cara-cara membuatnya…

Uploaded with ImageShack.us
Bahan-bahan penting untuk menghasilkan air sirap bandung selasih. Sirap, susu pekat, selasih dan air kosong.

Uploaded with ImageShack.us
Inilah dia biji selasih yang boleh dibeli dikedai runcit berdekatan..

Uploaded with ImageShack.us
Ini pula sirap yang dimasukkan dahulu. Nak guna kordial pun boleh juga..

Uploaded with ImageShack.us
Selepas tu, campurkan dengan susu pekat. Nak pakai susu tepung pun boleh. Jangan pakai susu getah sudahlah, tak bernyawa nanti..


Uploaded with ImageShack.us
Selepas air dicampur dan dikacau terjadilah bentuk air berwarna merah jambu yang dinamakan sirap bandung. Senang je kan…


Uploaded with ImageShack.us
Tambahan dengan biji selasih. Buku biji getah ye..

Uploaded with ImageShack.us
Dah siap pun. Apa lagi balun lah..

Okay cukuplah entri ni. Ala-ala resipi minuman plak. Jadi kalau sesiapa mengidam nak minum bandung boleh je buat sendiri. Tak sampai 1 minit pun.

Pengunjung Entri Ini :5237

4 comments:

  1. hehe. memang sedap bandung selasih ni. Dan senang aje nak buat. Bukan susah pun. Cuma kita aje selalu malas..

    Reply

    zool Reply:

    hahaha.. betul tu.. bukan susah pun nak buat.. antara nak buat ngan tidak je

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,953 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge