Air kelapa beraiskrim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang air kelapa aiskrim, termasuklah saya tetapi bagi penduduk Klebang, Melaka ianya merupakan sesuatu perkara yang yang menarik perhatian. Ini kerana terdapat sebuah gerai kecil di tepi jalan yang menjual minuman itu.. Malahan artikel mengenainya yang di Utusan pastinya mengamit pertanyaan orang ramai untuk mencubanya (termasuk saya).


Gambar di curi dari Utusan


Sedikit ringkasan dari artikel tersebut

Gerai yang diberi nama ‘Coconut Shake Klebang’ ini bukan sekadar dikenali oleh penduduk setempat sahaja tapi telah memikat orang luar dari Melaka (waduh kenapa aku tak tau sebelum ni..)..Bagi yang berkunjung ke kawasan Klebang, gerai ini sentiasa menjadi persinggahan bagi meredakan tekak dengan air kelapa segar yang diadunkan dengan aiskrim..
Bukan hanya air kelapa aiskrim sahaja dijual di sini, gerai ini juga menjual nasi lemak, mi dan aneka kuih untuk dinikmati.

Ditanya tentang rahsia kejayaan, pemilik memberitahu bahawa sedekah adalah perkara paling utama dalam memastikan perniagaan beliau semakin maju. Malahan duit hasil jualannya akan diasingkan setiap hari untuk zakat..

Saya kagum dengan usaha beliau terutamanya komitmen beliau dengan zakat dan sedekah. Ini yang kurang dititikberatkan oleh usahawan kita.. Kebanyakan lebih mementingkan gaya.. Baru berapa kali untung dah tukar kereta, rumah tapi bila nak bayar zakat susah .. Tak caya tanya Acai.. He hee..

Okay kepada sesiapa yang ingin bercuti-cuti di Melaka, elok kiranya singgah ke gerai ini.. Mungkin anda akan merasa keunikannya..

p/s :- Sori, tiada gambar minuman tersebut.. Mungkin akan diusahakan jua satu hari nanti.
Kepada KNizam, amacam ??? Berani belanja aku?? He he heh

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4840
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Air kelapa beraiskrim”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    la x de ke gambar shake tuh eh ?
    hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Dalam suratkhabar ada gambar.. tapi tak berapa cantik nak scankan..
    nantilah kalau aku pegi Klebang.. ambil gambo

    Reply

  2. HadyNo Gravatar says:

    Air kelapa campur aiskrim soda pun sodap

    Reply

  3. !x0r@No Gravatar says:

    Owh,baru nak tengok rupa air kelapa beraiskrim tu.. huhu.. nanti kalau ada gambar, upload la ye. ehehe

    Reply

  4. syiaNo Gravatar says:

    eh dkt mana ni? ni nk try skrg gak.. bukak mule kul bape eh? syia ni peminat minum air kelape ni

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Kat Klebang..
    Member beritau dekat2 ngan area futsall kat Klebang…

    Reply

  5. QaiyumNo Gravatar says:

    Waahh.. Ini Sudah Kire Cun. Cam Best Je. Adeh.. Ngidam Air Klape Dah Skang Ni Haa..

    Reply

  6. ArmandNo Gravatar says:

    Wah, jadi dahaga saya baca tulisan ini :D

    Reply

  7. wanNo Gravatar says:

    coconut shake la nih?alahai bestnye..

    Reply

  8. Amir FNo Gravatar says:

    Wah.. sebagai orng Melaka, saye kena cuba nanti nih.

    Reply

  9. samdaddycoolNo Gravatar says:

    perghhh semua orang sibuk cakap pasal coconut shake nih!!! Aku geram, perut tgh lapo, tekak tgh haus…

    Reply

  10. WANNo Gravatar says:

    PETUA NAK PI CARI KEDAI INI…PERGI HARI SABTU LEPAS X JUMPA PUN KEDAI..YANG MANA SATU LA

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    erk dia tepi jalan.. camne nak cakap ek..
    ala pegi klebang tanya je org kat stesen minyak mesti tau punya..
    kalau hari sabtu tengahari memang ramai dtg serbu tu

    Reply

  11. aidaNo Gravatar says:

    bleh mintak resepi?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kena tanya tokei dia kat klebang..

    Reply

  12. jefriNo Gravatar says:

    memang best coconut shake ni… Selalu sgt minum … Kena dgn nasi lemak panas.. Best.

    Reply

Leave a Reply