Aiman menang tumpaskan petarung China di kejohanan ONE Championship Shanghai

Atlet seni beladiri campuran (MMA) Malaysia, Muhammad Aiman Raziz Affindi membuktikan bahawa beraksi di gelanggang lawan tidak memberikan kelebihan pada lawannya.
Aiman yang beraksi menentang atlet dari China, Chen Lei membuktikan kemampuan selemas menumpaskan lawannya melalui aksi ‘submission’ (kuncian) dalam pusingan kedua.

Kemenangan ini mengejutkan penyokong tuan rumah kerana ia merupakan kekalahan pertama Chen Lei sepanjang kariernya.
Aiman, 23 tahun terpaksa berdepan aksi hebat lawannya pada pusingan pertama namun serangan lututnya pada pusingan kedua berjaya menjatuhkan Chen Lei sekaligus memberikan ruang kepadanya untuk melakukan kuncian ke atas Chen lei.
Kejohanan ONE Championship ‘Beyond The Horizon’ berlangsung di Baoshan Arena, Shanghai, China.

Sumber :-Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.