Aidiladha – Sejauhmana pengertiannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya kita bertemu lagi dengan Aidiladha.. Satu perayaan yang mengingatkan kita tentang kebesaran Allah dan pengorbanan Nabi Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Gambar dicilok dari SMSBiz2u

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.. Kebiasaannya di Melaka, ibadah korban akan melibatkan lembu dan kambing.. Terdapat juga di beberapa kawasan yang akan mengorbankan kerbau..

Dan pada hari raya ini daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang layak dan semestinya memberikan senyuman kepada fakir dan penternak lembu , kambing.. Sesungguhnya ibadah ini mempunyai makna dalam mengingatkan mereka yang berkemampuan agar sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Malahan konsep korban kelompok yang menjadi trend masakini adalah satu konsep yang positif memandangkan tidak kesemua umat Islam yang mampu membeli seekor lembu/ kambing untuk dikorbankan.

Berbalik kepada tajuk diatas.. Kadangkala kita terlupa tentang makna disebalik hari raya Aidiladha ni.. Ramai yang lebih memikirkan tentang baju, shopping dan makan-makan.. Sejauh mana agaknya kita memahami tentang pengorbanan pejuang-pejuang masa dahulu yang mempertahankan agama, bangsa dan negara.. Bagaimanana pula dengan persepsi anda tentang Aidiladha??

Sebagai penutup.. ” SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA”

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1241
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “Aidiladha – Sejauhmana pengertiannya”

  1. azwanNo Gravatar says:

    Selamat hari raya Zool, kau balik ke mana?

    Reply

  2. Salam aidiladha.. tahun ni korban apa? hehehe..

    Reply

  3. shaxxNo Gravatar says:

    dah lambat tp x pe la.. selmat aidil adha!

    Reply

Leave a Reply